Update Idris: PAS bertanding 140 kerusi Parlimen untuk bentuk kerajaan >> Berita Malay 18

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PRU14 cukup kritikal kepada PAS kerana parti itu perlu menentang BN dan Pakatan Harapan.
idris-ahmad_pas_new_600
PAS akan bertanding di 140 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan jika ia mendapat mandat rakyat, kata naib presidennya.
Idris Ahmad dipetik Bernama berkata, PRU14 cukup kritikal kepada PAS kerana parti itu perlu menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.
Katanya, ini julung kali dalam sejarah, pembangkang melawan pembangkang pada PRU dan pihak lawan sepatutnya tahu di mana peluru hendak disasarkan.
Beliau menolak dakwaan dan tuduhan Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang PAS “makan dedak” Umno.
Katanya, bekas perdana menteri itu perlu berhenti mendakwa PAS “makan dedak” Umno dan belajar cara menjadi pembangkang yang sebenar.
“Bagaimana kamu (Pakatan Harapan) kata kami berada di saf BN? Carilah hujah lain untuk menentang kami. Sedangkan kita lihat 13 kali pilihan raya umum, sekali sahaja PAS tak lawan Umno, iaitu pada 1974. (PRU) yang lain kita lawan BN,” katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya PAS Parlimen Permatang Pauh, hari ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :