Ikan kembung di Kuala Kedah kini dijual pada harga RM4 sekilogram berbanding antara RM22 hingga RM25 tiga bulan lalu, berikutan lambakan ikan itu.
Tinjauan Bernama di pelantar ikan Seberang Kota mendapati orang ramai berpusu-pusu seawal 9 pagi bagi mendapatkan ikan kembung yang baru didaratkan.
“Petang semalam lambakan menyebabkan saya menjual dengan RM10 bagi tiga kilogram ikan kembung kerana ikan terlalu banyak dan tidak boleh disimpan lama.
“Setiap nelayan bawa balik tangkapan antara 200 hingga 1,300 kilogram ikan, menyebabkan peniaga tidak sempat menghabiskan ikan mereka dan lelongan dibuat,” kata peniaga, Khadijah Mat Shah, 42, yang menambah harga merudum sejak hari raya kedua.
Seorang lagi peniaga, Mohd Fisol Mat Isa, 48, berkata walaupun berlaku lambakan, beliau dapat menjual 200 kilogram ikan hari ini kerana mendapat permintaan pelanggan.
“Ikan banyak pun kita dapat jual. Saya jangka tangkapan nelayan akan berterusan banyak berdasarkan keadaan cuaca yang dilaporkan baik untuk beberapa hari lagi,” katanya.
Seorang pembeli Melati Ladun, 34, berkata ikan yang dijual bukan saja murah malah segar
Hamid Desa, 56, berkata ikan kembung yang murah meringankan beban rakyat yang dihimpit kenaikan kos sara hidup.
“Ikan kembung adalah ikan rakyat dan apabila ia murah, membantu meringankan beban rakyat yang dihimpit kenaikan kos sara hidup. “Saya harap ikan murah akan berterusan,” katanya.
Related Posts :
Update [KUANTAN] SANGGUP BERATUR PANJANG UNTUK AYAM GOLEK MADU BUNOHAN >> Berita Malay 18
Tidak lengkap juadah berbuka puasa tanpa ayam golek madu Bunohan. Sanggup beratur panjang untuk mendapatkan ayam golek madu ini, p… Read More...
Update [KUANTAN] SANGGUP BERATUR PANJANG UNTUK AYAM GOLEK MADU BUNOHAN >> Berita Malay 18
Tidak lengkap juadah berbuka puasa tanpa ayam golek madu Bunohan. Sanggup beratur panjang untuk mendapatkan ayam golek madu ini, p… Read More...
Update Najib & 5 DIKTATOR DUNIA - Diktator besar wooo..Jangan main2, bukan biasyer biasyer! Bila bab dedah nama kartel dedak DIA TAK RESTU? Wakil rakyat DAP sumbang lebih RM60,000 untuk program imarah masjid, surau [Video Adalah baik UMNO-PAS bentuk kerajaan campuran - Dr Zakir Naik] >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
KiniTV
Pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik menyarankan agar kerajaan campuran UMNO dan PAS memberi banyak kebaikan … Read More...
Update Bila dah kantoi, PAS paksa ahli jadi BISU! Saya tak tahu kalau presiden PAS nak saman menantu & 'Jangan berbaloh' Rumah Mahathir banyak makanan, ada yang hantar 1 tan dodol >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, rumahnya kini dipenuhi makanan susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH… Read More...
Update Rumah Mahathir banyak makanan, ada yang hantar 1 tan dodol >> Berita Malay 18Rumah Mahathir banyak makanan, ada yang hantar 1 tan dodol: Ini kata PM, susulan dasar melarang anggota jemaah menteri, timbalan serta setia… Read More...