Update IKRAR ZAHID SOKONG NAJIB TIDAK JAMIN DIA KEKAL JADI TPM? >> Berita Malay 18


Apa sudah tertekan sangatkah Zahid Hamidi sampai melafazkan ikrar taat setia kepada Najib Razak di hadapan para ulama termasuk ulama dari luar negara. Apakah Zahid mengira pelafazan ikrar itu di hadapan ulama menunjukkan dia mengambil saksi manusia yang berdarjat tinggi dalam agama?
Hishamuddin dan Zahid sedang berebut uri dalam Umno.
Mungkin itu yang sedang dirasakan oleh Zahid, dia tertekan dan mindanya berbalam-balam memikirkan nasib dan masa depan politiknya sekarang.
Beliau sedang dikejar bayangan ketakutan kepada apa-apa tindakan lanjut Najib yang sukar diramalkan. Zahid jadi hilang kompas keyakinan kepada Najib apabila perdana menteri itu melantik Hishamuddin Hussein sebagai menteri dengan tugas-tugas khas yang dilihat sebagai persediaan Najib kepada Hishmuddin untuk menjadi penggantinya.

Pelantikan Hishamuddin yang juga sepupu Naib itu menjadikan Zahid keresahan dan tidak berapa jenak (lena) tidur. Betapa tidak, setelah Hishamuddin ditambahkan tugas itu disamping kekal dengan portfolio pertahanan saham Hishmuddin naik mencanak. Ketua-ketua Umno bahagian sudah mula mengubah tempat duduk dengan memerhati kepada Hishamuddin berbanding Zahid.
Dengan membaca Najib tidak berbuat sesuatu kepada Hishamuddin tanpa sesuatu menyebabkan, ketua-ketua bahagian telah membaiki kiblat sokongannya. Ramai ketua bahagian yang menjadi kuasa penentukan terhadap hierarki Umno beralih angin kepada Hishamuddin dari Zahid. Berbagai alasan digunakan untuk menghalalkan tindakan mereka termasuk kononnya Hishamuddin lebih layak kerana dia anak bangsawan.
Seorang ketua bahagian dari Kelantan menyebut kepada saya, dia lebih yakin kepada anak bangsawan menjadi perdana menteri daripada anak “bangsat wang”. Anak bangsat wang maksudnya anak marhaein. Aduh…sedih dan sendu saya mendengarnya, begitu rapuh penilaian politiknya.
Secara diam-diam juga para pemuka Umno sedang menilai penampilan kedua mereka, Zahid dan Hishamuddin. Persepsi menjelma dalam kepala orang Umno di semua peringkat apabila Najib memberi kuasa lebih banyak kepada Hishmuddin daripada Zahid ia suatu isyarat jelas. Dan cadangan Zahid agar Majlis Tertinggi Umno endorsekan kedudukkan sebagai pemangkau timbalan presiden agar dikanunkan tetapi tidak dihiraukan Najib memberi gambaran Najib menolak cadangan Zahid.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: