Laporan ini kemudiannya dijadikan alasan untuk membidas pihak-pihak yang sering menyuarakan kebimbangan mengenai kejatuhan nilai ringgit (termasuk saya) kononnya kritikan kami selama ini tidak benar.
Nilai matawang ringgit adalah sangat penting kerana peratusan barang import yang digunakan oleh rakyat masih kekal tinggi, terutamanya bahan-bahan makanan.
Lebih-lebih lagi harga petrol dan diesel dikira berdasarkan harga rujukan di dalam dolar Amerika Syarikat (AS), maka jika pun harga minyak mentah dunia telah turun, harga petrol dan diesel boleh kekal tinggi akibat nilai ringgit yang rendah.
Penentu nilai ringgit
Nilai ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran matawang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara.
Oleh itu, kedudukan nilai ringgit yang rendah dan prestasinya di belakang matawang serantau yang lain memberi gambaran kelemahan pentadbiran ekonomi dan kewangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mereka yang membawa alasan ini akan memberi contoh bahawa semua matawang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan dolar AS, bukannya ringgit semata-mata.
Data kadar tukaran matawang
Oleh itu, saya telah mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan data kadar tukaran matawang ringgit dan matawang lain (iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan) berbanding dengan dolar AS bermula dari tahun 2007 hingga ke akhir Mei 2017.
Tujuannya ialah untuk menentukan perkara-perkara berikut:
1. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak Najib menjadi menteri kewangan (dari tahun 2008 hingga 2017).
2. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak isu dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib (dari tahun 2015 hingga 2017).
Data kadar tukaran matawang berbanding dolar AS boleh diperolehi secara percuma dari laman Bank Dunia (rujuk laman http://ift.tt/2tDmaid)
Saya sertakan jadual berikut yang menunjukkan kadar tukaran purata matawang serantau berbanding dolar AS:
Daripada jadual ini, saya membuat analisa untuk menilai prestasi ringgit sejak Najib menjadi menteri kewangan dan berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi beliau menjadi pengetahuan umum.
Analisa ini dirumuskan di dalam jadual berikut:
1. Selain dari Indonesia dan Vietnam, matawang ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Najib menjadi menteri kewangan).
Kadar ringgit menyusut
Sejak tahun 2008, nilai ringgit telah menyusut 27.7 peratus sedangkan nilai matawang naik 6.8 peratus.
Read More / Baca Lagi >>