Update Iskandar ialah datuk Dr Mahathir, bukan bapanya, kata Marina >> Berita Malay 18

Anak sulung Dr Mahathir, Marina berkata, Ahmad Zahid Hamidi bersifat seksis kerana tidak mengambil kira keturunan ibu bekas perdana menteri itu.
marina-mahathir-kad-pengenalan-mahathirDakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai asal usul India bukan sahaja salah, tetapi juga bersifat perkauman dan seksis, kata anak perempuan bekas perdana menteri itu, Marina.
“Ia sepatutnya Mahathir bin Mohamad,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
“Nama datuk saya ialah Mohamad bin Iskandar.”
Marina berkata demikian susulan dakwaan timbalan perdana menteri semalam yang kad pengenalan asal Dr Mahathir menunjukkan namanya ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, dokumen yang diberikan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya menunjukkan “orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu” sebenarnya “menggunakan orang Melayu”.
Marina mengecam kenyataan itu dengan berkata, datuknya Mohamad Iskandar ialah pengetua Melayu pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
“Selain rasis, Zahid juga bersifat seksis kerana tidak mengambil kira wanita dalam keturunan, walaupun mereka yang melahirkan anak.
“Ibu kepada ayah saya, Wan Tempahwan berasal daripada keluarga yang kebanyakannya ialah orang istana kerabat diraja Kedah.
“Nenek sebelah ayah saya juga ialah orang Melayu, tetapi disebabkan orang tidak menyimpan rekod (ketika itu), saya tidak tahu nama beliau dan saya tak fikir ayah saya tahu,” kata anak sulung pengerusi Pakatan Harapan dan PPBM itu.
Dr Mahathir, 92, dilahirkan lebih 3 dekad sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Dalam autobiografinya pada 2011 bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, beliau mengakui mempunyai keturunan India Selatan, tetapi “Saya orang Melayu dan bangga dengannya.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: