 |
Salah satu babak mesra lakonan Soo Wincci dan Aaron. Sumber Foto mStar Online |
Soo Wincci merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia, mengharap peminat tidak besalah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka.
Beliau berkata isteri Aaron Aziz, Diyana Halik sudah memberi kebenaran kepada Aaron Aziz dan beliau untuk melakonkan aksi panas memeluk dan duduk di atas peha Aaron Aziz.
Menurut laporan mStar Online, sebelum Soo Wincci dan Aaron Aziz menjalani penggambaran mereka telah sertai kelas drama untuk keserasian ini kerana mereka pertama kali digandingkan dalam satu filem, Kau Yang Satu.
Menurutnya lagi ketika latihan drama itu berlangsung dia agak kekok untuk berlakon babak sebegitu dengan Aaron Aziz.
"Memang mulanya segan juga sebab isteri Aaron, Diyana turut ada ketika itu. Nasib baik Diyana seorang yang sangat memahami dan dia benarkan saya dan Aaron melakonkan babak mesra," kata Soo Wincci kepada mStar Online.
Soo Wincci berkata, dia sudah bersedia menerima sebarang kritikan dan kecaman terhadap lakonannya sebagai Isabella dalam filem tersebut.
"Watak Isabella ini sangat berbeza dengan diri saya. Yang pasti, penonton akan lihat kelainan daripada lakonan saya sebelum ini.
"Mungkin ramai akan kecam dan kritik tapi saya sudah bersedia dengan semua itu. Bila penonton kecam, maknanya lakonan saya menjadi.
"Saya akan terima negatif atau positif komen yang mereka akan berikan selepas menonton filem ini," ujarnya kepada mStar Online.
Filem adaptasi novel karya Nia Azalea ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini. - Sumber: mStar Online
Related Posts :
Update [Video Husam dedahkan Pas KENE TIPU Umno persempadan baru] SPR perlu jelaskan persempadanan, senarai pengundi diseleweng. >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
SPR perlu jelaskan persempadanan, senarai pengundi diseleweng
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mahu Suruhanjaya … Read More...
Update [Video Saya Mungkin Tanding Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya] Dr Mahathir kata mohon maaf tak semestinya mengaku salah. >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Dr Mahathir kata mohon maaf tak semestinya mengaku salah
PENGERUSI Bersatu Dr Mahathir Mohammad berkata perm… Read More...
Update [Video Agama mangsa umno Lilahi ta'ala ganti 'hidup umno'] Shahrir, anda tunggu kami dedah! Ada apa Pas Selangor ketepi Khairuddin? >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Kenyataan Media ANAK: Tan Sri Shahrir, anda tunggu kami dedah!
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)sed… Read More...
Update [Video Ucapan Pergulungan Tun Dr Mahathir Pengerusi Parti PPBM] Azam baru kerajaan baru 2018. >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Azam baru kerajaan baru
SAYA sering kecewa dengan diri sendiri apabila mengenangkan azam peribadi setiap tahun ba… Read More...
Update [Video Ini Politik Sabah Kita Punya...Warisan BERTEMBUNG Umno di Sundang, Sabah] Pemimpin PBS lebih senang mengampu Umno daripada perjuang hak rakyat Sabah. >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Pemimpin PBS lebih senang mengampu UMNO daripada perjuang hak rakyat Sabah
Kegelisahan Parti Bersatu Sabah (PBS)… Read More...