Isteri kepada Alif Satar iaitu Shadila akui gembira apabila mendapat tahu suaminya bakal digandingkan dengan pelakon Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet.
Shadila berkata ia suatu pendedahan yang bagus buat Alif untuk menonjol bakatnya dalam bidang lakonan.
"Saya sebenarnya gembira untuk Alif bila dia beritahu akan bergandingan dengan Neelofa, saya percaya ia bakal jadi satu fenomena yang hebat sama seperti Lofatttah sebelum ini.
"Saya tidak ada masalah dengan itu, kerana saya percaya dengan Alif kerana dia bekerja secara proffesional.
"Saya harap dengan gandingan ini, ramai produser buka mata dengan bakat Alif dalam lakonan," katanya kepada Astro Gempak.
Alif dan Neelofa bakal menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet pada penghujung bulan ini.
Apabila ditanya adakah dia bersedia jika timbul gosip tidak enak antara suaminya dengan pelakon wanita tersebut, Shadila akui tidak gusar.
"Gosip itu biasa dalam dunia artis, pada saya saya tidak risau mengenainya kerana saya percaya dengan Alif.
"Sebelum ini pun ketika dia berlakon dalam Dia Semanis Honey, Alif selalu bawa saya berjumpa dengan Siti Nordiana sehinggakan kami jadi kawan rapat.
"Saya tahu Alif kerja dengan ikhlas," katanya lagi.
Related Posts :
Update Perak: 16 Parlimen berubah selepas persempadanan, 9 kerusi PH >> Berita Malay 18
Predeep Nambiar
FMT| March 30, 2018
Kerusi terkesan adalah Larut, Parit Buntar, Bukit Gantang, Taiping, Tambun, Ipoh Timor, Ipoh Bar… Read More...
Update 'Tidak tahu kenapa saya dibakar' >> Berita Malay 18
Sinar Harian
30 Mac 2018
Pembantu restoran Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 25, (tengah) dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkam… Read More...
Update UMNO Kedah KETAT LUTUT Tengok Ribuan Hadir Ceramah PH 29 Mac >> Berita Malay 18
JELAJAH "SELAMATKAN MALAYSIA" PAKATAN HARAPAN NEGERI KEDAH PADA 29 MAC 2018
Bersama :-
Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi PAKATAN HARAP… Read More...
Update Harapan di Guar Chempedak... >> Berita Malay 18
Ada ribuan orang yang turun menyaksikan ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Guar Chempedak yang terletak di dalam negeri Jelapang Padi ma… Read More...
Update Minggu Lepas MB @AzminAli Cabar Perdana Menteri Bina Rumah Mampu Milik, Hari Ini DS @NajibRazak Serah Kunci >> Berita Malay 18
Minggu lepas, Dato’ Menteri Besar, DS Mohamed Azmin Ali mencabar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk membina rumah mampu milik bernil… Read More...