Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan meimbulkan kebimbangan itu, kerajaan akan berjaya menimbulkan ketakutan kepada rakyat untuk memberikan undi kepada pakatan pembangkang.
"Pihak pemerintah cuba menakutkan orang (pengundi) kononnya mereka dapat tahu siapa undi untuk siapa.
"Mungkin ramai yang takut jika tidak undi kerajaan akan diambil tindakan terhadap mereka.
"Sebenarnya kerajaan tidak dapat menentukan siapa undi siapa.Sebab itu kita nak bagi tahu kepada pengundi jangan takut untuk mengundi.
"Kerajaan tidak akan tahu parti mana yangg awak undi pun...terutama kepada pengundi pos dan pegawai kerajaan," ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri majlis mesyuarat mingguan pimpinan tertinggi di Ibupejabat parti itu petang ini.
Menurut Dr Mahathir lagi, kerajaan sebelum ini dakwanya sering mengambil tindakan terhadap rakyat yang secara terang-terangan menyokong parti itu.
"Kita dapati ramai yang takut kalau mereka undi parti lawan tindakan akan diambil ke atas mereka.
"Ada besar kemungkinan kerajaan akan kalah dan sebenarnya bila kalah kelak, kerajaan yang ada hari ini, sudah tentu tidak dapat mengambil sebarang tindakan pun.
"Untuk menentukan kerajaan BN kalah mereka perlu undi Pakatan Harapan dan jika kami menang, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pengundi yang tidak menyokong pembangkang, bahkan tiada tekanan yang akan kami buat ke atas sesiapa pun.
Read More / Baca Lagi >>