Update Kenyataan @AzminAli Pakatan Rakyat Masih Wujud Mendapat Sindiran Sinis Daripada DAP >> Berita Malay 18

Kenyataan Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) masih wujud di Selangor dibidas Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Kesian Azmin Ali, Setiausaha Agong parti beliau sendiri menemplak kenyataan beliau. Kita tidak boleh salahkan Saifuddin Nasution kerana periuk nasi beliau ditentukan oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Saiffudin dipetik Malaysia Gazette, baca di sini, berkata, di Selangor tiada lagi PR selepas gabungan itu yang turut disertai Pas berpecah pada tahun 2015 dan digantikan dengan Pakatan Harapan (PH) yang disertai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Azmin Ali juga turut mendapat sindiran sinis daripada pemimpin-pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Diktator Seumur Hidup DAP, Lim Kit Siang di dalam laman-laman sosial seperti di bawah. Mungkin mesej yang cuba disampaikan oleh mereka adalah, sedarlah diri Azmin Ali. PKR adalah macai dan balaci DAP sahaja.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :