Update Kerajaan tak adil hapus elaun PISMP >> Berita Malay 18

Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai penghapusan elaun sara hidup RM430 sebulan dan elaun perjalanan RM500 setahun untuk pelajar yang menyertai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bermula ambilan Jun 2018 adalah satu lagi berita buruk dalam siri pemotongan perbelanjaan kerajaan untuk bidang pendidikan di Malaysia. Sebelum ini, belanjawan universiti awam tempatan juga dipotong kerana kekangan kewangan kerajaan yang semakin meruncing menyebabkan kontrak para profesor yang berpengalaman tidak disambung.
Tindakan Kementerian Pendidikan menghapuskan elaun sara hidup pelajar PISMP telah dikritik oleh banyak pihak. Beberapa hari lalu Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengeluarkan kenyataan mendesak kementerian supaya mengkaji semula keputusan itu.
Kerajaan sepatutnya memberikan keutamaan kepada bidang pendidikan kerana ia melibatkan pelaburan jangka panjang negara. Belanjawan untuk bidang pendidikan tidak seharusnya dipotong sewenang-wenangnya kerana ini akan menjejaskan pembangunan modal insan negara.
PISMP adalah satu program penting untuk melatih bakal guru yang berkualiti. Ketika di Kementerian Pendidikan dahulu, saya terlibat secara langsung dalam penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menyediakan latihan untuk melahirkan guru berkualiti sebagai salah satu aspek penting pelan ini.
Mohon PTPTN bukan jawaban
Ketika itu, kami merancang untuk menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya pilihan. Untuk itu, PISMP menawarkan pelbagai insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk menyertai program ini, termasuk meneruskan pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada setiap pelajar.
Apatah lagi, secara prinsipnya dalam mana-mana program pelatihan, majikanlah yang sepatutnya menanggung keseluruhan kos latihan termasuk menyediakan elaun sara hidup untuk para pelatih.
Elaun inilah yang digunakan oleh pelatih untuk menampung perbelanjaan mereka sepanjang menyertai program latihan.
Dalam konteks PISMP, pelajar adalah pelatih dan Kementerian Pendidikan adalah majikan. Dengan menghapuskan elaun sara hidup pelajar PISMP, Kementerian Pendidikan sebenarnya mengalih sebahagian daripada kos latihan perguruan yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan kepada para pelatih dan ibu bapa mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak adil.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :