Saban hari pemimpin-pemimpin DAP semakin berani mencabar kesabaran orang-orang Melayu Islam. Kalau sebelum ini mereka tidak pernah mempertikaikan kos jamuan Hari Raya Aidil Fitri, tahun ini mereka membawa isu kos Rumah Terbuka Aidil Fitri Perdana Menteri ke Parlimen.
Pertama, setiap Ketua Jabatan, Wakil Rakyat, Ketua Pembangkang, Timbalan Menteri dan Menteri diberi peruntukan di bawah undang-undang untuk mengadakan jamuan makan di bawah elaun keraian. Apa masalahnya?
Contoh elaun keraian bagi Timbalan Menteri adalah RM80 per satu kepala. Darablah dengan berapa kepala yang dijemput sekiranya Timbalan Menteri berkenaan membuat Rumah Terbuka.
Kedua, jamuan makan berkenaan untuk segenap lapisan masyarakat Malaysia atau warga asing dan jemputan kehormat seperti duta dan sebagainya yang bertandang ke Seri Perdana tanpa mengira kaum, bangsa dan Agama.
Ketiga, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang pastinya ada membuat Rumah Terbuka Aidil Fitri bukan? Berapa kos dan perbelanjaan yang digunakan? Azmin Ali dan Lim Guan Eng guna duit bapak merekakah?
Keempat, kenapa hanya Rumah Terbuka Aidil Fitri Perdana Menteri dipertikaikan. Kenapa Rumah Terbuka Kebangsaan untuk perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Hari Gawai tidak turut dipertikaikan kosnya?
Kelima, selepas ini elok Perdana Menteri buat rumah terbuka dengan air kopi cicah biskut empat segi saja untuk menepati penjimatan ala DAP. Hari ini DAP pertikaikan kos Rumah Terbuka Aidil Fitri. Tidak mustahil kalau esok mereka pertikaikan pula kos bina masjid dan kos peruntukan kepada sekolah Agama.
Kesimpulannya, lancau lah DAP!