Pemimpin muda DAP, Syefura Othman yang lebih dikenali sebagai Rara, turut menganjing Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Beliau hari ini telah memuatnaik gambar beliau di dalam MRT melalui laman sosial Instagram beliau sambil meletakkan caption #JomNaikMRT #KajangMove. Walau bagaimanapun, disebabkan penyokong-penyokong Abang Sotong yang tidak 'sporting' menyebabkan Rara telah menutup ruangan komen bagi posting berkenaan.
Nampak gayanya Rara juga turut menyokong 'hashtag' Perdana Menteri iaitu #JomNaikMRT. Beliau juga mungkin dapat melihat kesan 'Langkah Kajang' oleh Perdana Menteri seperti berikut:
1. Jalur MRT aliran Sungai Buloh - Kajang menjadi lengkap dengan jarak sejauh 51 km dan mempunyai 31 stesen dengan kekerapan jadual 3 minit.
2. Jalur ini menjangkau 1.2 juta penduduk dengan kapasiti membawa 400,000 orang penumpang. Ia sekaligus menjadi alternatif kepada Rakyat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Greater KL.
3. Dengan lengkapnya jalur pertama MRT ini, maka fokus berikutnya adalah jalur kedua iaitu Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya sejauh 52 km. Pembinaannya sudah berjalan 10% dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.