Ahmad Bashah yakin pengundi Langkawi dan Kubang Pasu akan membuat keputusan terbaik dengan mengundi BN pada pilihan raya umum nanti.

JITRA: Umno Kedah yakin akan berlaku “tsunami Cina” yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak berikutan pengundi Cina hilang keyakinan terhadap DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keyakinan pengundi Cina kepada DAP juga merosot selepas menyaksikan suasana di Pulau Pinang yang diteraju parti itu.
Umno Kedah juga yakin akan berlaku “tsunami Melayu” pada PRU nanti kerana keyakinan mereka terhadap BN semakin meningkat, katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Agung Perwakilan Tahunan kali ke-5 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B) di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Alumni Belia 4B Malaysia Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Mengulas isu berkaitan, Ahmad Bashah yang juga menteri besar Kedah, berkata BN negeri tidak gentar sekiranya Dr Mahathir mahu bertanding di negeri itu termasuk di Langkawi.
“Langkawi atau Kubang Pasu atau tidak kira di mana dia (Dr Mahathir) bertanding, kami tidak gentar malah mengalu-alukannya. Tetapi dia perlu ingat, BN di Langkawi tidak akan tergugat kerana rakyat di sana akan buat keputusan yang terbaik untuk Langkawi sendiri,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Nasihat Ibrahim Ali kepada Tun Mahathir dan Anwar Jangan Gaduh] Abg Mat dah sampai USA...Isu keamanan Laut China Selatan dibincangkan dalam lawatan Mohamad ke Washington. >> Berita Malay 18Rabu, 26 September 2018
Otai BERSIH
Abg Mat dah sampai USA..
Isu keamanan Laut China Selatan dibincangkan dalam lawata… Read More...
Update [Video Zahid, Anwar rapat sebab itu BN boikot Port Dickson & Adakah Umno dlm proses menutup kedai] Woi, Umno dah macam BIAWAK HIDUP, ratusan juta CASH DISITA, baru sekarang sedar nak KELUAR UMNO? Penggubahan Wang Haram: Surat panggilan daripada pihak polis kepada UMNO Bahagian Batu! Berduyun2lah keluar Umno... >> Berita Malay 18Selasa, 25 September 2018
Tersebar satu surat panggilan daripada pihak polis kepada UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan untuk… Read More...
Update Lewat, liwat dan undang2 lapuk... >> Berita Malay 18
Soal lewat tidak timbul apabila kita membincangkan apa saja hal yang membawa kebaikan atau yang relevan kepada masyarakat.
Sama ada isu wa… Read More...
Update Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat >> Berita Malay 18
BANGI, 15 Muharram 1440H, Selasa – PAS menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang men… Read More...
Update Jho Low tidak hubungi kami - Pembantu PM >> Berita Malay 18Jho Low tidak hubungi kami - Pembantu PM: 'Tanpa Najib, tidak ada Jho Low. Kerana Low memetik nama (bekas) PM pada setiap masa,' kata wartaw… Read More...