Malaysiakini 12/7/17
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hairan mendapati bahawa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin "takut dengan orang tua".
Ini susulan Khairy menamakan Dr Mahathir, bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang sebagai tiga ahli politik yang seharusnya bersara .
“Itu pendapat dia pasal dia takut dengan orang tua. Apa dia takut? Sebab dia takut dia suruh orang tua berhenti.
“Kalau takut, budak macam itu, masih remaja, kuat, tapi takut dengan orang tua, tak usah main politiklah,” kata Mahathir ketika ditemui hari ini selepas menghadiri majlis rumah terbuka Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Disoal sama ada beliau akan kekal dalam politik, Mahathir berkata tidak ada alasan baginya untuk mengikut cadangan Khairy.
“Apa pasal saya mau ikut dia. Dia takut, jadi kita kesian,” katanya.
Mengenai dakwaan Khairy yang mengatakan bahawa ketiga-tiga pemimpin politik veteran itu terus memecah-belahkan rakyat jika mereka kekal dalam politik, Mahathir bagaimanapun berfikir sebaliknya.
"Di mana sahaja saya pergi, banyak yang datang, saya rasa sayalah yang menyatukan rakyat,” katanya.
Khairy pada Ahad lalu berkata, ‘ketokohan’ Dr Mahathir dan Anwar juga boleh dikaitkan dengan watak Lim yang juga antara yang bertanggungjawab dalam perpecahan kaum melibatkan orang Melayu dan Cina.
Menurut Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, watak semua mereka perlu segera dihentikan kerana ia mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat.
Sementara itu, Mahathir mengesahkan bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuaratnya malam esok.
"Kami akan putuskan dia punya terma rujukan malam esok," katanya, ketika ditanya mengenai peranannya selaku pengerusi gabungan itu.
Sehingga kini, Pakatan Harapan belum lagi menamakan barisan kepimpinannya
Related Posts :
Update [Video 1000 hari Anwar dipenjara - Anwar Sanggup melaluinya, tak endah kesakitan yang dihadapi] Lebih 200 berarak sempena 1,000 hari Anwar dipenjara. >> Berita Malay 18Selasa, 7 November 2017
Lebih 200 berarak sempena 1,000 hari Anwar dipenjara
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai perarakan sem… Read More...
Update Benarkah hanya Tumpu di P.Pinang, Hulu Perak dan Kedah TIDAK DIPEDULIKAN >> Berita Malay 18
Keluhan warga Hulu Perak.
Semua tumpu nak cari kredit dan nama di Penang tapi buat-buat tak nampak di sini dan beberapa tempat di ke… Read More...
Update Bot Bantuan Banjir Datuk Dr Mujahid TERBALIK, sempat berpaut pada bot >> Berita Malay 18
PERKEMBANGAN BOT PEMIMPIN AMANAH TERBALIK
Bot dinaiki pemimpin AMANAH terbalik, barangan bantuan tenggelam
Bot yang dinaiki Naib Pres… Read More...
Update [Video Kepala Bapak Kau - Keadaan mental Najib tidak stabil] Bilal pertahan guna surau selamatkan mangsa banjir. >> Berita Malay 18Selasa, 7 November 2017
Bilal pertahan guna surau selamatkan mangsa banjir
Foto yang tular di platform media sosial yang mencetuskan pelb… Read More...
Update TERKINI Banjir P.Pinang: Makanan MENCUKUPI, kami perlukan Alatan Pembersihan, Lori, Sukarelawan, Wang Tunai >> Berita Malay 18
TERKINI: Bekalan makanan sudah mencukupi. Kami sekarang ingin menyeru untuk bantuan seperti berikut:
1. Alatan pembersihan (Jet air, per… Read More...