Update Menembusi Kubu Kuat Umno Bn Kawasan Luar Bandar Pada PRU 14 >> Berita Malay 18


Oleh Manivanan Gowin
Pengalaman pembangkang dalam mengharungi beberapa siri Pilihan Raya Umum (PRU) telah menjadikan pengajaran bermakna buat pembangkang. Pengalaman ini membuka ruang kepada pembangkang untuk mengatur strategi yang kukuh dalam sistem demokrasi di negara ini bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Kini, rakyat semakin hari melihat kerosakan UMNO BN yang terpalit dengan unsur-unsur negatif seperti penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan pengenalan pelbagai polisi yang membebankan rakyat seperti cukai GST.
Situasi ini memberi hikmah bahawa permuafakatan antara rakyat dan Pakatan Harapan semakin direalisasikan bagi memastikan UMNO BN kecundang pada PRU ke-14.
Terdapat persoalan yang hadir di minda rakyat yang mahu laksanakan perubahan, yakni bagaimana Pakatan Harapan dapat meyakinkan penduduk luar bandar yang acapkali menyumbang kerusi kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara.
Bahkan di sesetengah lokasi ‘kubu kuat’ atau ‘deposit tetap’ telahpun disebut-sebut sebagai simbolik benteng terakhir UMNO BN untuk terus menyambung hayat mereka dalam arus politik nasional. Mengikut kajian yang dilakukan oleh pihak kami, terdapat beberapa punca mengapa penduduk luar bandar terpedaya dengan 'wayang kulit' UMNO BN.
a) Taktala rakyat di bandar-bandar telah menyedari kebobrokan UMNO BN, penduduk luar bandar masih kurang mampu untuk mengakses, mengetahui dan memahami isu politik semasa.
Apatah lagi mereka hanya mendapat informasi dari media utama yang dikuasai dan dimanipulasi oleh kerajaan UMNO BN.
Propaganda media berat sebelah ini telah menjadikan penduduk luar bandar terpengaruh dengan dakyah memburukkan pembangkang. Pada masa yang sama, penduduk luar bandar tidak mempunyai ruang dan peluang yang adil dan saksama untuk melihat politik daripada kaca perspektif yang berbeza.
b) Tambahan kepada itu, keadaan menjadi mudarat dan parah apabila UMNO BN menggunakan wang rakyat, sama ada yang disalurkan oleh kerajaan mahupun ahli politik untuk menabur ‘gula-gula’ bagi mempelawa golongan luar bandar untuk mengundi UMNO BN.
Dengan taraf hidup yang rendah penduduk luar bandar, maka pengeksploitasian undi berlaku secara mudah. Seseorang yang kurang berkemampuan akan sanggup melaksanakan kehendak pemberi untuk menagih barangan, misalnya dengan memberi undi kepada UMNO BN untuk mendapatkan wang, beras, bekalan makanan dan seumpamanya.
c) Manifesto janji manis berupa projek jutaan ringgit juga diwawarkan, hatta projek dan program yang dijanjikan tetap tertangguh selepas tamatnya pilihan raya. Projek jutaan ringgit dan janji manis ini hanya merupakan kaedah UMNO BN untuk meraih undi penduduk luar bandar. Melalui projek jutaan ringgit dan janji manis ini, pelbagai harapan yg indah - indah diukirkan, tetapi hakikatnya ianya bertujuan untuk memperdayakan, mengelirukan dan menipu penduduk luar bandar yang jujur dan naif.
Dalam menghadapi pelbagai tipu muslihat UMNO BN terhadap penduduk luar bandar, Pakatan Harapan telah menggariskan beberapa strategi untuk memastikan rakyat menyedari, memahami dan melaksanakan reformasi perubahan.
*Muafakat Membawa Berkat*
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :