Pas harus memeterai perjanjian baharu dengan PKR dan DAP jika mahu dilihat bermaruah untuk terus berada dalam kerajaan Selangor, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, jika Pas tidak berbuat demikian parti itu akan terus dilihat mahu mengambil kesempatan dan peluang berada dalam kerajaan Selangor.

"Rakyat memahami bahawa yang 'menceraikankan' hubungan kerjasama politik dengan PKR dan DAP ialah Pas oleh itu saya tidak mahu lihat 'parti saya' dan sahabat-sahabat saya dari 'parti saya' akan terus ditertawakan rakyat dan dilihat mahu ambil kesempatan dan peluang berada dalam kerajaan Selangor.
"Sedangkan Pas telah isytihar akan menentang PKR dan DAP pada PRU14 nanti," kata Mahfuz dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pas Selangor bahawa rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai Pas dalam PRU13 di negeri itu.
Menurut Mahfuz, PR adalah tahaluf siyasi tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP selepas PRU12 yang mengangkat kemenangan parti pembangkang sehingga dapat menguasai beberapa negeri.
Kesinambungan kerjasama antara tiga parti atas suara PR terus terjalin hingga kepada penyertaan dalam PRU13 yang lalu.
Namun jelasnya, tahaluf siyasi ini terungkai satu demi satu apabila Pas mengambil keputusan rasmi memutuskan hubungan dengan DAP melalui muktamarnya di Kuala Selangor dan disahkan pula oleh Majlis Syura Ulamak Pas.
Ini katanya berlaku walaupun dalam masa yang sama pimpinan Pas masih mempertahankan kedudukan dalam kerajaan PR Selangor atas alasan PR masih wujud kerana Pas bekerjasama dengan PKR.
"Akan tetapi dalam keadaan ikatan hubungan masih terjalin di Selangor, terkini 'parti saya' juga telah memutuskan hubungan dengan PKR melalui keputusan muktamar di Kedah dan disahkan pula oleh Majlis Syura Ulamak.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Sedih dan suka Danyal lihat Anwar angkat sumpah >> Berita Malay 18Sedih dan suka Danyal lihat Anwar angkat sumpah: Ini kali pertama tiga wakil rakyat dalam sebuah keluarga di Dewan Rakyat dalam penggal yang… Read More...
Update [Video MP Pasir Salak Kecoh & Bertelagah dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] Kertas putih Felda akan dibentang di Parlimen, kata menteri. >> Berita Malay 18Isnin, 15 Oktober 2018
Kertas putih Felda akan dibentang di Parlimen, kata menteri
Kerajaan akan membentangkan kertas putih berkenaan ked… Read More...
Update [Video Ucapan Tun M Sempena Anwar Angkat Sumpah di Parlimen & Lim Guan Eng 'Basuh' Umno] Sikap Pas lebih teruk daripada kafir-Mufti Perak, Tan Sri Harussani >> Berita Malay 18Isnin, 15 Oktobr 2018
Suara Rakyat
Jika kenyataan Mufti ini pernah keluar dahulu semasa PAS bersama dlm Pakatan Rakyat,
Adakah sikap PA… Read More...
Update [HATI-HATI] Tabung Bencana Gempa Bumi NADMA PALSU >> Berita Malay 18
Seperti biasa akan ada orang yang ambil kesempatan atas pengumpulan dana bencana.
Jadi, kepada semua, pastikan semak maklumat sebel… Read More...
Update [Video Oktoberfest - Dr. Maza] Parlimen-Sape nampak MP Marang? Ponteng? Sampai kesudah la jadi pembangkang! PEMIMPIN MALAYSIA BARU sepatutnya TIDAK KEMARUK bintang, pingat & gelaran...Tidakkah poyo semua itu? >> Berita Malay 18Isnin, 15 Oktober 2018
Sape nampak MP Marang?
#marangkakiponteng
Otai BERSIH
Berjuta Rakyat dh ckp..
Walaun walaun tak percaya.
Sampai ke… Read More...