Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin berkata, sayap Pemuda parti itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan tindakan mereka bukan ancaman kepada Pemuda Umno.

KUALA LUMPUR: Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pemuda Umno sepatutnya bersikap lebih “gentleman” dengan memberi ruang kepada ahli Pemuda parti itu menyerahkan surat jemputan ke forum “Nothing to Hide 2.0” kepada presiden mereka.
Beliau memuji keberanian Pemuda PPBM cuba menyerahkan jemputan khas kepada Datuk Seri Najib Razak dan berkata, tindakan mereka bukan ancaman mahupun satu kesalahan.
“Hasrat kita untuk menyerahkan surat jemputan ke majlis dan itu tidak seharusnya disekat. Mereka adalah pemuda harapan bangsa, mereka harus bersikap terbuka. Saya anggap ini suatu cabaran.
“Berilah peluang kepada mereka. Saya tidak fikir tindakan itu satu ugutan dan (Pemuda Umno) sepatutnya ‘gentleman’ sikit,” katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini.
Muhyiddin berharap kejadian semalam tidak berulang pada masa depan.
Semalam, kekecohan berlaku di Sunway Putra Mall apabila hampir 200 ahli Pemuda Umno cuba menyekat sekumpulan ahli Pemuda PPBM ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menyerahkan “jemputan khas” kepada Najib.
Keadaan tidak terkawal itu memaksa campur tangan polis dan Pemuda PPBM mencari perlindungan dalam pusat membeli-belah itu.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib >> Berita Malay 18
RAKYAT dijangka akan terbeban dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan, esok.
… Read More...
Update Anwar 'comeback' Oktober ini, nantikan >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bakal ‘comeback’ sebagai Ahli Parlimen, Oktober ini.
Memetik lapora… Read More...
Update OSA : DAP TIBA-TIBA JADI 'TIKUS SEDANG MENIKMATI KEJU' >> Berita Malay 18
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas sikap parti Dap yang tiba-tiba membisu dengan keputusan kerajaan Pakata… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/08/update-anwar-saya-banyak-pengalaman.html">Update Anwar: "Saya banyak pengalaman berpuluh tahun, tapi saya bertawakal, ikhtiar" >> Berita Malay 18
"Saya sendiri banyak pengalaman, menunggu berpuluh tahun tetapi saya bertawakal dan ikhtiar,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas meng… Read More...
Update [Video Razlan (UmnoBN?) beri amaran pada Amar Singh, SPRM! Woi Sapa engko ni? Engko dengo apa Guan Eng kata!] PAC patut selongkar dokumen DOJ dalam siasatan semula 1MDB. >> Berita Malay 18
… Read More...