Penyanyi Elly Mazlein menganggap pengurangan nafkah anak yang diminta bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta dari RM1,500 kepada RM500 sebulan sebagai tidak masuk akal.
Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.
"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya," katanya.
Elly berkata, dia tidak terkejut dengan permintaan Azmi yang dikemukakan menerusi peguamnya itu kerana sudah menyangka dia akan berbuat sedemikian.
"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, hari ini.
"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu," katanya.
Elly berkata demikian ketika dihubungi selepas majlis sulh yang turut dihadiri Azmi dan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini, jam 2.30 petang tadi.
Elly berkata, dia percaya Azmi mampu untuk membayar nafkah anak mereka seperti yang diputuskan mahkamah sebelum ini.
"Justeru, tiada kata sepakat dicapai pada majlis sulh petang tadi dan kes ini akan dibicarakan semula depan hakim pada 8 Ogos nanti," katanya.
Elly dan Azmi berkahwin berkahwin pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun empat bulan.
Related Posts :
Update [NAK PERCAYA MYDIN ATAU RAHMAN?] Rakyat ada wang, data sangkal kenyataan bos Mydin, kata Rahman >> Berita Malay 18
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menepis kenyataan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang mengatakan rakyat tidak mempunyai wang … Read More...
Update Saya tidak harap simpati sesiapa, saya buat atas pilihan sendiri - Rafizi >> Berita Malay 18
Kamu mungkin mengenali saya. Saya Rafizi Ramli, umur 40 tahun, Sama seperti kamu, saya seorang bapa, seorang suami dan seorang anak lelak… Read More...
Update [LIPIS] KEMENTERIAN KERJA RAYA LULUS PERUNTUKAN SGERA >> Berita Malay 18
Penduduk sekitar Pos Betau menarik nafas lega apabila Kementerian Kerja Raya meluluskan sejumlah peruntukan segera bagi membaik pulih ce… Read More...
Update Harga CCTV Di Penang RM66,500 Seunit? Boleh Jadi CCTV Ini Boleh Zoom Jerawat Dengan Harga Ini @cmlimguaneng? >> Berita Malay 18
Kita faham apabila harga barangan di Pulau Pinang tinggi. Ini sesuai dengan taraf kota metropolitan dan kota sejarah di sana. Walau bag… Read More...
Update 'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa >> Berita Malay 18
Anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin hari ini menyindir usaha kerajaan untuk menggubal undang-undang baru bagi membendung berita palsu.
… Read More...