Mesej disampaikan kepada broker Umno tidak dapat disangkal lagi: Najib adalah taruhan terbaik mereka untuk mengalahkan Dr Mahathir Mohamad dan sekutu terbaru beliau.
Dan apabila diperlukan, PM dan penasihatnya menggunakan pendekatan, menegaskan kepada penjawat awam yang jaminan pekerjaan dan kebajikan mereka mempunyai kaitan terus dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Najib turut digalakkan untuk mempertimbangkan pilihan raya diadakan pada hujung tahun ini dengan keputusan syarikat petroleum nasional Petronas untuk membayar dividen tahunan kepada kerajaan awal daripada jangkaan. The Malaysian Insight difahamkan, keputusan mengenai perkara ini dibincangkan Petronas dengan PM baru-baru ini.
Petronas berjanji menyumbangkan sekurang-kurangnya RM13 bilion tahun ini, penurunan daripada RM16 bilion tahun lalu walaupun harga minyak sepatutnya meningkatkan bayaran dividen tahun ini.
Sumber dalaman Umno juga percaya kerajaan perlu membuat satu atau dua kali bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum pilihan raya untuk memenangi hati penyokong tradisi BN – golongan miskin bandar dan penjawat awam – yang terjejas teruk dengan kenaikan kos sara hidup.
Menurut sumber, dividen awal Petronas itu akan membolehkan pentadbiran dengan pendapatan terhad membuat pemberian wang tunai.
Turut dijangka berlaku adalah lawatan delegasi peringkat tertinggi dari China untuk menyaksikan pelancaran Link Pantai Timur (ECRL) pada September.
ECRL adalah salah satu projek infrastruktur utama yang melibatkan China dan merupakan sebahagian besar daripada naratif Najib yang walaupun semua liputan negatif berkisar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penglibatannya, beliau masih dapat menarik pelaburan berharga ke Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>