Update Nothing to Hide 2.0: Apa yang hendak takut, Dr Mahathir soal Najib dan Nazri >> Berita Malay 18

Bagaimanapun Dr Mahathir mempersoalkan sama ada perlunya wakil sedangkan Najib dan "pahlawannya" Datuk Seri Nazri Aziz tidak perlu takut untuk berhadapan dengan beliau.
mahathir
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana wakil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam forum “Nothing to Hide 2.0” yang dijadual akan diadakan bulan depan.
Bagaimanapun Dr Mahathir juga mempersoalkan sama ada perlunya wakil sedangkan Najib dan “pahlawannya” Datuk Seri Nazri Aziz tidak perlu takut untuk berhadapan dengan beliau.
“Marilah Nazri dan Najib, apa yang perlu takut? Saya hanya lelaki tua.
“Adakah anda takut kepada seorang lelaki tua?”
Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini.
Dr Mahathir ditanya sama ada beliau akan menerima tawaran untuk berdebat dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, bukannya Najib.
Puad telah menawarkan diri kelmarin dengan berkata jika Dr Mahathir serius untuk mengetahui kebenaran di sebalik isu 1MDB, “saya menawarkan diri saya untuk berdebat dengannya dalam forum ‘Nothing to Hide 2.0’.”
Dr Mahathir berkata, beliau akan menerima “mana-mana wakil” di forum itu, yang dijadualkan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, jam 3 petang pada 13 Ogos ini
Dr Mahathir awal minggu ini menjemput Najib ke forum itu dengan mengatakan kedua-dua mereka boleh mengadakan perbincangan mengenai bagaimana beliau telah memperkayakan anak-anaknya serta bagaimana perdana menteri mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Forum pertama diadakan pada tahun 2015. Ia menyaksikan Najib bersetuju untuk membuat penampilan tetapi tidak muncul selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.
Dr Mahathir yang muncul tanpa dimaklum lebih awal mengambil alih pentas untuk berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang.
Beliau bercakap selama 6 minit sebelum terpaksa dihentikan oleh polis.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :