Update Pakatan Harapan gesa tubuh Universiti Felda >> Berita Malay 18

Ia berkata ketika ini hanya segelintir anak peneroka dapat melanjut pelajaran melalui biasiswa khas luar negara, mengabaikan sebahagian besar yang lain.
Onn-Abu-Bakar_felda_600
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata ia akan berusaha menubuhkan Universiti Felda dengan kampus di seluruh negara bagi membantu anak peneroka yang menurutnya masih gagal melanjutkan pengajian tinggi.
PKR Wilayah Persekutuan berkata pada masa ini, hanya segelintir pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa pengajian luar negara, sementara lebih 95% generasi kedua Felda gagal melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).
“Bagaimana pula dengan anak peneroka cemerlang yang lain tetapi tidak mendapat ‘dana khas’ serta melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta?” soal Onn Abu Bakar, ahli majlis PKR Wilayah Persekutuan.
Semalam, Felda berkata ketika ini 31 pelajar sedang melanjutkan pelajaran di pelbagai universiti luar negara melalui Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda, yang menawarkan biasiswa antara RM500,000 hingga RM800,000 setiap seorang sepanjang 4 tahun pengajian.
“Kita pilih mereka yang memperoleh 10A dan ke atas. Pemilihan untuk tahun ini telah dijalankan di mana 11 pelajar terpilih menjalani ‘A-Level Cambridge’,” kata Pengarah Jabatan Pendidikan Felda, Mohd Ridzuan Mohd Noor dipetik Bernama.
Onn berkata penubuhan Universiti Felda dengan kampus di seluruh negara akan memberikan peluang kepada lebih ramai anak peneroka.
“Pakatan Harapan berusaha untuk menubuhkan kampus Universiti Felda di seluruh negara bagi meningkatkan tahap pendidikan generasi muda Felda yang dilihat dapat menampung lebih ramai pelajar berbanding Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda yang hanya melibatkan puluhan pelajar sahaja,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :