Georgetown – Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bahawa gabungan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.
"Tidak ada lagi Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, di sini.
Guan Eng membuat kenyataan itu sehari selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor akan terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang telah dibubarkan kerana ia berupa mandat daripada rakyat.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang diminta mengulas kenyataan Azmin. Guan Eng, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Pulau Pinang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan dan kita adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan. Saya akan menjawab dengan memberi butiran kemudian,” kata beliau.
Pakatan Harapan ditubuhkan pada September 2015 oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas Pas memutuskan hubungan dengan DAP pada Julai 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.
Related Posts :
Update Nabila Razali rampas Khai Bahar? >> Berita Malay 18
PENYANYI, Khai Bahar terkejut apabila timbul isu membabitkan penyanyi Nabila Razali yang dikatakan merampas dirinya daripada Wany Hasrita.… Read More...
Update Melayu mudah terpengaruh Psywar dan psyops jahat Ultra Kiasu >> Berita Malay 18
Di Mana Letaknya Keadilan?
Sudah lebih enam bulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), masih tidak reda lagi, ultra kiasu asyik menyalah pimpi… Read More...
Update Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU? >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, menafikan khabar angin beliau akan lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malay… Read More...
Update Kesan gempa politik UMNO... >> Berita Malay 18
Saya amat tersentuh apabila mengetahui ahli-ahli DAP dari Triang sanggup menempuhi perjalanan jauh dan berjam-jam ke Ayer Hitam, Johor pad… Read More...
Update TMJ: ANDA adalah Kerajaan, Henti berkempen, pilihan raya sudah berakhir >> Berita Malay 18
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengingatkan kerajaan untuk berhenti berkempen politik dan membe… Read More...