Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli beberapa hari lepas telah mengeluarkan video di atas bagi menyatakan beliau akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara mulai bulan ini untuk menerangkan (baca menghasut) kepada penduduk mengenai 3 isu utama siri jelajah beliau iaitu harga barang, cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta pekerja asing.
Memandangkan Rafizi Ramli sibuk hendak memperkatakan mengenai tiga perkara ini, maka elok kita teliti satu persatu perkara berkenaan.
Isu gaji
Rafizi mengulangi saranan supaya menubuhkan Suruhanjaya Perundingan Gaji Negara. Tidak ada mana-mana negara di dunia yang boleh memaksa majikan untuk menetapkan gaji setiap pekerjanya melainkan negara komunis. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menambah baikkan struktur gaji pekerja di Malaysia dengan menaikkan gaji minima.
Tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) adalah mulai 01/07/2016 ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja. PGM 2016 mengekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik seperti terkandung dalam PGM 2012.
Melalui PGM 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.
Isu kenaikan harga barang
Rafizi Ramli pernah menyatakan sebelum ini harga barang akan turun apabila harga minyak turun di bawah RM2 seliter. Sudah lima minggu minyak turun, ada nampak sebarang harga barangan yang turun? Formula Rafizi Ramli langsung tidak menepati sasaran.
Rafizi juga pernah meramalkan bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus meningkat pada beberapa bulan akan datang dengan RON95 boleh mencapai tahap RM2.70 seliter pada Jun 2017. Katanya dalam satu kenyataan medi pada 06/02/2017,
Hari ini saya ingin menambah lagi berita buruk kepada rakyat Malaysia dengan memberi amaran lebih awal bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus kekal pada paras yang tinggi (sekitar RM2.30 seliter) dalam beberapa bulan akan datang.
Malah, saya menjangkakan harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan.
Sekarang? Memang ramalan Rafizi "ke laut". Terbaru mahu harga RM1.50 pula. Ini adalah bukti nyata cakap Rafizi tidak boleh dipakai.
Isu GST
Rafizi menyatakan GST perlu dimansuhkan tetapi sudah dua tahun dalam Belanjawan Alternatif pembangkang, masih ada GST.
Mereka cuma menukar rentak dengan "cadangan kadar sifar GST". Ya, sifar, bukan mansuh. Kini Rafizi mahu main wayang kononnya GST akan dimansuhkan.
Cuba buka balik belanjawan alternatif pembangkang. Itu belum lagi masuk Buku Jingga yang kini terus diam sahaja. Banyak janji Buku Jingga dan manifesto di Selangor yang sudah dicampak ke laut.
Dalam video itu juga, Rafizi turut menyentuh mengenai isu pekerja asing. Cuba pergi lihat di kawasan Pandan sendiri, berapa banyak pekerja Indonesia dan Bangladesh yang berada di situ. Dalam parlimen Rafizi sendiri penuh pekerja asing di Pandan Indah dan Pandan Cahaya.
Bukan semua penduduk tempatan mahu buat kerja 3D iaitu "dirty, dangerous, difficult". Kerajaan juga cuba mengawal pekerja asing ini melalui proses e-card. Mana-mana pendatang asing yang tidak mempunyai kad itu akan ditangkap oleh Imigresen dalam usaha membersihkan pendatang asing haram.
Rafizi Ramli sendiri sedang berdepan dengan kes mahkamah. Mahkamah Tinggi di Shah Alam akan membuat keputusan pada 13 Julai ini berhubung rayuan oleh Rafizi terhadap sabitan kesalahan fitnah jenayah dan rayuan pendakwaan mengenai hukuman itu.
Nasib beliau sendiri belum diketahui, bagaimana Rafizi Ramli mahu bercakap tiga isu ini kepada Rakyat? Bercakap habiskan air liur sahajalah kerana tiga perkara ini belum tentu dipersetujui oleh semua komponen parti pembangkang.
Hal logo pun mereka gagal bersetuju apatah lagi bercakap mengenai tiga hal ini. Rafizi Ramli kena sedar diri, dia bukanlah sesiapa pun dalam pembangkang. Tercalon pun belum tentu dalam PRU14 kerana kes mahkamah.
Hairan dengan Rafizi Ramli ini, jelajah kawasan sendiri di Pandan pun belum habis, sibuk pula hendak jelajah seluruh negara. Kesian dengan penduduk di Pandan. Terbiar begitu sahaja disebabkan Ahli Parlimen mereka terlalu "sibuk" dengan agenda sendiri.
Elok sekiranya Rafizi Ramli menjelajah Pandan sehingga habis. Tiga perkara yang Rafizi cakap itu banyak ada di Pandan. Kedai judi, rumah urut dan pusat maksiat berlambak di Pandan. Selesaikan dahulu isu pekerja asing di Pandan terlebih dahululah Rafizi Ramli.