ALOR SETAR – Pas Kedah hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding bagi semua 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dalam PRU14 akan datang.
Pesuruhjaya Pas Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata bagaimanapun keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi itu tertakluk kepada kehendak Pas pusat.
“Ia berasaskan kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkenaan dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas di sini hari ini.
Pada PRU13, Pas bertanding bagi 24 kerusi Dun serta lapan kerusi parlimen, dan menang sembilan daripada kerusi Dun serta satu kerusi parlimen.
Dr Ahmad Fakhruddin berkata, keputusan itu juga dibuat memandangkan senario politik kini yang berbeza berbanding PRU sebelum ini, kesan pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur dan tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi ketika bersama Pas.
Katanya, sudah menjadi tradisi Pas untuk meletakkan calon bagi kerusi majoriti Melayu menentang Barisan Nasional (BN), namun pada kali ini Pas akan cuba meneroka kerusi majoriti 60 peratus Melayu atau meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di kawasan yang berpotensi.
Beliau berkata Pas akan turut menampilkan calon terdiri daripada golongan profesional, sekaligus menonjolkan imej parti itu yang bukan hanya terdiri daripada kumpulan ulama atau ahli agama sahaja.
Read More / Baca Lagi >>