
Kewujudan Pakatan Harapan (PH) menyukarkan Pas untuk memenangi kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Ideas Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata, hasrat Pas untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14 merupakan cita-cita yang begitu tinggi.
“Mereka boleh cakap berapa sahaja kerusi nak tanding, walaupun kesemua 222 kerusi, tetapi berapakah yang akan mereka menang?
“Pas harus berfikiran terbuka dan matang. Soal menang kalah ini memang bergantung pada pengundi, tetapi jika di satu-satu kawasan yang ada tiga penjuru, apakah kebarangkalian Pas akan menang itu tinggi?” katanya dalam wacana Sinar Harian 'Pakatan Harapan VS Barisan Nasional, Mari Kita Nilai' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Menurut beliau juga, Pas seharusnya lebih realistik terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.
“Kerana itu saya kata, cita-cita itu boleh, tapi...realitinya harus diambil kira.
“Senario politik hari ini berbeza apabila dua parti besar dan Pas sudah tidak lagi dikira besar apabila gabungan bersama Gagasan Sejahtera itu hanya titik kecil dalam politik negara,” katanya.
Tambahnya, Pas kini perlu menguatkan lagi agenda dan bersedia berubah mengikut arus semasa andai mahu lebih didukungi pengundi pada PR14 akan datang.
Related Posts :
Update [Video Mana Orang Yang Dikayakan Zahid, Kenapa Tak Datang Solidariti Untuk Zahid?] DAP: Najib tak angkat kepala di depan Dr M! Tau pn takut, belakang Tun, dalam Fb bukan main kencang lagi dia punya sembang & Equanimity sah milik kumpulan 1MDB, kata mahkamah. >> Berita Malay 18Jumaat, 19 Oktober 2018
Tau pun takut, belakang Tun, dalam Fb bukan main kencang lagi dia punya sembang.
Kahkahkah....
Otai BERSIH
E… Read More...
Update Ujian DNA Sahkan Jenazah Amir Hamzah >> Berita Malay 18
IBU Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang hilang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), minggu … Read More...
Update Ujian DNA Sahkan Jenazah Amir Hamzah >> Berita Malay 18
IBU Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang hilang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), minggu … Read More...
Update Jatuh dalam lombong, terpaksa bergelut tiga ular berbisa >> Berita Malay 18
19 Oktober 2018
Sinar Harian
John ditemui dilombong Aguila, Arizona.
AGUILA - ARIZONA. Terpaksa bergelut dengan tiga ekor ular … Read More...
Update Mazlan Aliman Sudah Jadi Pengerusi LPP, Peneroka FELDA Dapat Apa? >> Berita Malay 18
Buat 49 kawasan FELDA yang menyokong Pakatan Harapan sehingga berjaya membentuk Kerajaan Malaysia Baharu, ini hadiah untuk anda.
Mazlan … Read More...