"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki, hasil semakan biro siasatan kita, ada tangkapan yang dilakukan dalam masa terdekat, iaitu waktu bekerja.
Dzulkifli berkata demikian ketika ditemui selepasmenghadiri majlis pelancaran drama bersiri 'Banteras' kolobrasi antara SPRM dan Fantasy Film Sdn Bhd, di Cyberjaya hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan jumlah yang akan ditangkap mahupun jawatan mereka.
"Tangkapan kita buat dan selepas tangkapan mesti ada siasatan lanjut. Sekiranya ada siasatan lanjut, atau pun keperluan siasatan dan tangkapan lanjut, kita akan buat," katanya.
SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.