Update Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency >> Berita Malay 18


 Satu laporan polis dibuat oleh ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan supaya hubungan kerajaan dengan syarikat yang mengutip wang dengan menjual token cryptocurrency disiasat.
 
"Saya dengan ini memohon dengan agar disiasat hubungan antara Climate Protectors Sdn. Bhd. dan Ecobit serta kerajaan Kelantan kerana mengikut carian rasmi yang saya buat pemilik Ecobit adalah individu yang sama dengan salah seorang ahli lembaga pengarah Climate Protectors.
 
"Aktiviti keduanya secara jelas merujuk kepada kelulusan satu juta ekar yang berkenaan di dalam mempromosikan perniagaan cryptocurrency Ecobit yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata Hazmi dalam laporannya.
 
Menurutnya dalam perjanjian pada 9 Januari awal tahun ini, pihak kerajaan negeri menyerahkan kepada Climate Protectors sejuta ekar hutan simpan (HSK) bagi tujuan yang didakwa sebagai program Carbon Climate Change.
 
"Program ini di bawah inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD) melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah ditimbulkan dalam sidang Dun Kelantan pada Oktober 2016," katanya.
 
Pada 17 Februari 2017 katanya, Kementerian Sumber Asli telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan itu yang berhubung inisiatif (REDD) bercanggah dan tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan ilkim (UNFCCC).
 
"Pada 23 Jun 2017 pula, BNM (Bank Negara Malaysia) menerusi laman webnya menyenaraikan Climate Protectors Sdn Bhd. dan sekutunya Ecobit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM.
 
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :