Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mencabar Ketua Menteri Sarawak mendedahkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri bagi misi rombongan ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri itu mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau dalam kenyataan hari ini tetap menegaskan tindakan kerajaan Sarawak itu dilihat terdesak bagi mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dalam isu memperjuangkan hak tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.
" Adalah lebih baik bagi Ketua Menteri Sarawak menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat Sarawak seperti masalah tanah, kesenjangan hak-hak suku kaum, pembangunan luar bandar dan pendidikan anak-anak Sarawak.
"Usahlah memainkan sentimen semangat anti Malaysia dan perasaan rakyat Sarawak dengan mengheret mereka ke kancah sandiwara politik sedangkan masalah empirikal rakyat Sarawak tidak diselesaikan," ujarnya.
Ini kerana sebelum itu Salahuddin dalam kenyataannya dipetik berkata, tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut dibimbangi akan menyebabkan campur tangan asing dalam negara ini.
Salahuddin turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri Sarawak akan terus menyokong BN di Semenanjung.
Tambah Salahuddin lagi, beliau berpandangan demikian kerana ujarnya, Ketua Menteri Sarawak sudah pasti sedar bahawa hak Sarawak sama ada daripada segi kedaulatan, ekonomi, imigresen, bidangkuasa undang-undang dan sebagainya telahpun termaktub di dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 antara Kerajaan Persekutuan Melayu dan United Kingdom bersama Sarawak.
"Hampir 55 tahun Sarawak bersama Malaysia, nampaknya KM Abang Jo masih jahil berkenaan MA63.
Read More / Baca Lagi >>