Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan parti itu tidak menguasai Pakatan Harapan (HARAPAN), sebaliknya ia hanyalah keputusan 'tawar menawar'.
Mahathir memberikan analogi itu apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa BERSATU memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN.

"Tak ada. Tiada monopoli. Kita bincanglah. Macam jual barang. Pertama kita minta harga tinggi, kemudian kamu beri dan putuskanlah," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya mengenai jawatan yang sedang diintai BERSATU, Mahathir bagaimanapun enggan mendedahkannya.
"Ini adalah perkara dalaman, kita akan bincang, kemudian kita akan buat keputusan," katanya.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menafikan bahawa parti itu memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN dan menegaskan bahawa semua parti dalam gabungan itu mempunyai kedudukan yang sama.
"Seorang atau dua yang dinamakan itu tidak bermaksud monopoli, tidak ada satu pihak boleh memonopoli kerana kita mengamalkan dasar-dasar yang saksama, jadi tanggapan itu bagi saya tidak betullah," kata Muhyiddin kepada wartawan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bulan lalu menolak kemungkinan pemimpin BERSATU akan mengisi jawatan pengerusi dan presiden HARAPAN, dengan menyatakan ia merupakan monopoli dalam gabungan itu.
Pakar strategi BERSATU Rais Hussin Mohamed Ariff kemudian menjelaskan bahawa parti itu hanya mencadangkan Mahathir sebagai pengerusi dan tidak ada elemen monopoli.
Related Posts :
Update SALIB BESAR P. PINANG, strategi PACAK Bendera di Kubu Musuh, perang psikologi >> Berita Malay 18
Isu Lambang Salib Besar : Bezakan di antara "paranoid" dan "awareness"..
KEKELIRUAN UMAT ISLAM..
Tulisan : Dr Tanaka Mustafa 👇
*LAMBANG S… Read More...
Update Cari Bangsat Ni..! >> Berita Malay 18
Jika betul ada penyelewengan..!
Cari siapa juga yang terlibat..!
Dari pihak Menteri, KSU, TKSUB, SUB dan macai macai hinggalah pihak syar… Read More...
Update [Video Dua ketegasan Malaysia terhadap hubungan dengan Israel] KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL Hospital wakaf pertama di Malaysia.. rawatan dan ubat percuma. >> Berita Malay 18Khamis, 17 Januari 2019
Siakap Keli Press
Siakap Keli
Hospital wakaf pertama di Malaysia.. rawatan dan ubat percuma diberikan kepada gol… Read More...
Update Facebook's 10-year-challenge MENYAKITKAN? >> Berita Malay 18
Waspada Dengan #10yearchallenge, Ia Mungkin Konspirasi Melombong Data Besar-Besaran
Jika anda gemarkan teori konspirasi, anda pasti… Read More...
Update Ceramah Mat Sabu Di Sungai Koyan Dihadiri Penyokong Sendiri >> Berita Malay 18
Ceramah Mohammad Sabu di hadapan Sekolah Agama Sungai Koyan, semalam, bolehkah dikatakan ceramah syok sendiri.
Yang meramaikan p… Read More...