Persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan parti itu belum bersedia melupakan perbuatan bekas Perdana Menteri itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan itu menunjukkan PKR bersikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir walaupun secara zahirnya beliau diterima menyertai pakatan pembangkang dan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
"Ada perumpaan Melayu mengatakan pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk. Di sini jerat itu PKR dan pelanduk itu Dr Mahathir," katanya kepada pemberita di Program Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad dan Pengerusi Kelab Usahawan Amanah Terbilang (KUAT) Narma Che Man.
Semalam, Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.
Mengulas lanjut Annuar berkata Wan Azizah sebenarnya secara simbolik memberi peringatan kepada Dr Mahathir agar tidak mengambil mudah terhadap PKR dan pastinya amaran itu datang daripada Anwar.
"Gabungan yang mempunyai agenda sendiri ini amat bahaya jika diberi mandat kerana meletakkan agenda lain lebih besar daripada agenda nasional berbeza dengan Umno (dan Barisan Nasional) yang kekal dengan perjuangan pro-rakyat dan sentiasa cuba menangani permasalahan rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan" katanya.
Beliau turut mendakwa penyertaan Dr Mahathir ke dalam pakatan pembangkang hanyalah untuk kepentingan peribadi dalam usaha menguasai politik negara.
Related Posts :
Update [Video Perutusan Selamat Tahun Baru 2018 & Isu Semasa bersama PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA] Selamat Tahun Baru 2018...Ayuh, LAKUKAN PERUBAHAN! >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Hari terakhir 2017, Bang Mat masih datang ke pejabatnya.
Azam tahun baru 2018 saya adalah untuk melihat kerajaan… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/01/update-video-bila-negara-nak-runtuh.html">Update [Video "Bila negara nak runtuh, demo lagakan melayu-cino" & Kerajaan Pas Khianat Aktivis ROYALTI (R)] Azam tahun baru 2018, untuk melihat pemimpin kleptokrat ditamatkan. >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Azam tahun baru 2018 saya adalah untuk melihat kerajaan Malaysia bertukar daripada Barisan Nasional kepada Pakat… Read More...
Update [Video Kenapa Wajib Tolak Pas & Pendedahan Beberapa Siri Penyelewengan UmnoBN] Kini masanya, tepat jam 11 malam ini & GST ibarat KECELAKAAN di kala rakyat menanggung keperitan meneruskan hidup sehari-hari. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Alang2 TEMBAK! Atuk (Tok Wan) ni ada fakta sejarah Pas ngan Umno] Dunia tanpa kebencian 2018. >> Berita Malay 18Isnin, 1 Januari 2018
Dunia tanpa kebencian 2018
Dunia mengenali perkataan AMAN, DAMAI atau PEACE dalam berbagai bahasa. Peperangan dii… Read More...
Update Kerana Rambut Ibunya, Jari Kaki Bayi 10 Bulan Nyaris Dipotong. >> Berita Malay 18
… Read More...