Idea untuk semua empat parti dalam Pakatan Harapan diberi hak kesamarataan boleh menjadi punca kekalahan mereka untuk mendapatkan undi Melayu, demikian menurut penganalisis politik Ideas, Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata, realiti yang berlaku dalam negara ini adalah orang Melayu suka parti mereka menjadi dominan.
“Bagaimana Pakatan Harapan mahu menyeimbangkan antara idealisme dan realiti.
“Jika difikirkan, mengapa BN menang, mengapa ahli Umno berpuluh tahun sanggup mengundi MCA. Ini adalah kerana Umno itu dominan dalam BN,” katanya.
Jelasnya, perkara itu tidak akan berlaku dalam Pakatan Harapan jika mereka terus ingin membentuk satu ketetapan baharu iaitu semua parti adalah sama.
“Bagaimana Pakatan Harapan nak bercakap dengan orang Melayu yang sudah hidup berpuluh tahun yang percaya Melayu itu dominan?
“Isu ini sudah pasti akan digunakan Umno bagi kempen politik mereka bagi mempengaruhi undi Melayu.
“Mereka boleh timbulkan persoalan bahawa DAP itu sama rata dengan parti Bersatu yang memperjuangkan hak bumiputera,” katanya.
Jelasnya, isu ini menjadi cabaran besar buat Pakatan Harapan untuk mendapatkan sokongan Melayu. SH
Related Posts :
Update MEMO BUAT SALLEH SAID KERUAK - NAJIB, JIKA BERKUASA LAGI, LEBIH MENAKUTKAN BERBANDING DAP >> Berita Malay 18Entah untuk kali yang ke berapa, Salleh Said Keruak, atas kedudukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, terus memainkan peranan be… Read More...
Update [Video Azmin Sedar Tak Agenda PAS Umno Rampas Selangor?] FITNAH BERNIAT JAHAT & Tahniah YB Dr Mujahid 'Sentiasa Bersama Rakyat Di Waktu Senang Dan Susah' >> Berita Malay 18Isnin, 4 September 2017
FITNAH BERNIAT JAHAT TERHADAP SAYA OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Saya mendapat maklumat pihak tertentu memb… Read More...
Update Demi Hindari Pelecehan Seksual, Wanita Ini Nekat Lompat dari Keretapi Yang Melaju >> Berita Malay 18
4/9/17
Keretapi laju India. (Foto: Reuters)
VIJAYAWADA - Seorang wanita muda berusia 21 tahun di India harus mengala… Read More...
Update Jangan 'kunyah' propaganda Myanmar, seru aktivis Rohingya >> Berita Malay 18
Masyarakat Malaysia dinasihati supaya tidak terperdaya dengan propaganda kerajaan Myanmar yang bersikap prejudis sekali gus menafikan hak … Read More...
Update Biaq depa kalah,baru depa tahu apa yang kita rasa... >> Berita Malay 18
Selama bertahun-tahun dalam beberapa pilihan raya umum (PRU), Salmah Mahmud, 56, menyokong Umno di Terengganu kerana kata orang, kalau dik… Read More...