Update PRU14: BN SEDIA BERDEPAN SESIAPA SAHAJA – KJ >> Berita Malay 18


KEPALA BATAS – “BN tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja pada PRU akan datang,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu, beliau menolak sama sekali andaian bahawa kemelut  antara DAP dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah usaha BN untuk mengharamkan parti itu.
“BN tidak perlu untuk membatalkan pendaftaran siapa-siapa untuk menang. Perkara ini tiada kena mengena dengan BN.
“Ini masalah yang ada pada pemilihan awal DAP. Untuk mengatakan ini usaha nak mengharamkan DAP kerana kami tak nak berhadapan DAP adalah satu andaian tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.
Beliau berkata, semua parti perlu patuh kepada peraturan dan arahan ROS, malah Umno sendiri, walaupun parti yang memerintah negara ini pernah melalui situasi itu dan diharamkan.
“Saya rasa kami pun tak nak DAP diharamkan, kami tidak main politik sebegitu rupa. Kalau dia diharamkan, jadi pula simpati kepada DAP,” katanya.
Jumaat lepas, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok mengumumkan parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) namun ia akan dibuat ‘di bawah protes’ dan tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap ROS sekiranya perlu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: