Realiti pertarungan politik sebenar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah antara PAS dan BN, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Beliau berkata, pertembungan sengit dijangka berlaku di antara kedua-dua parti itu dalam memenangi undi orang Melayu, sekali gus memegang kunci kemenangan.
Katanya, jika berlaku gelombang tsunami politik dalam kalangan pengundi Melayu, beliau yakin mereka akan mengundi PAS yang mempunyai rekod perkhidmatan jauh lebih bersih berbanding BN.
"Rakyat mengetahui sejarah rekod kepimpinan kerajaan Umno bermasalah, malah rekod teraju utama kepimpinan Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga teruk.

"Sebaliknya, rekod kepimpinan PAS hingga kini bersih, malah tiada pemimpin parti disabitkan dengan sebarang kesalahan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa termasuk di Kelantan," katanya seperti dilapor
Sinar Harian ketika sidang media jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PAS Perak semalam.
Katanya, pengumuman kepimpinan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak mampu menggugat persaingan politik sengit antara PAS dan BN kerana tiada parti dalam pakatan itu mempunyai pengaruh dalam kalangan pengudi Melayu.
Mengenai DAP pula katanya, parti itu tidak memerlukan kerjasama dengan parti-parti lain kerana ia mampu bersendirian untuk menjadi "
king maker" pada PRU akan datang.
"DAP tidak memerlukan penagruh parti lain untuk membantu mereka mengekalkan kerusi majoriti pengundi bukan Melayu.
"Ini disebabkan majoriti pengundi Cina tidak memerlukan organisasi, sebaliknya mereka lebih terkesan dengan sentimen, persepsi dan emosi yang dimainkan DAP.
"Sebaliknya senario ini akan menyebabkan pengundi Melayu menjadi mangsa dan saya yakin pertarungan sebenar PRU14 hanya antara PAS dan Umno sahaja," katanya.
Beliau turut menyifatkan dakwaan berterusan PAS berkawan dengan BN sebagai tidak berasas.
Related Posts :
Update [Video Seorang Tua di Depan Sogo] Ho, ho, hooo! DALAMAN UMNO YANG REPUT MEMBIMBANGKAN... >> Berita Malay 18Jumaat, 20 April 2018
DALAMAN UMNO YANG REPUT MEMBIMBANGKAN..
Status umno terkini yang terumbang ambing dan tsunami rakyat di Johor dan … Read More...
Update [Video Pelaq!', Mat Sabu tempelak Pas] Pas MENGAKU TERIMA WANG RM2.5 JUTA, tapi siapa pendermanya? >> Berita Malay 18Sabtu, 21 April 2018
PAS MENGAKU TERIMA WANG RM2.5 JUTA, TAPI SIAPA PENDERMANYA?
Pas akhirnya mengakui parti itu ada menerima dana seban… Read More...
Update Kalu Najib tak boleh sign,Liow Tiong Lai ganti kot... >> Berita Malay 18
Najib tak boleh tanda tangan watikah calon...
Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menandatangani watikah ca… Read More...
Update [Video Peguam: Logo DACING BN juga tidah sah] 'Bendera PAS kini pakai besi, gantung poster besar pakai kren'. >> Berita Malay 18Sabtu, 21 April 2018
'Bendera PAS kini pakai besi, gantung poster besar pakai kren'
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu… Read More...
Update (CONTOH SULTAN CERDIK) 'Beta berkecuali, tak campur urusan politik' >> Berita Malay 18
Beta berkecuali, tak campur urusan politik'
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda sentiasa … Read More...