Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos layak menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan ketua Pemuda Umno.
Ini kerana katanya, Jamal lebih berani daripada Khairy apabila berdemo dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tidak laam dahulu.

Malah katanya, Jamal juga berani menyahut seruannya untuk berdebat bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Khairy tak kuat dah sekarang… selepas ini saya sanggup jadi juru kempen Jamal untuk jadi Ketua Pemuda Umno.
“Sebab kalau nak banding Jamal dengan Khairy, saya lebih tabik Jamal sebab Jamal lebih berani dari Khairy," kata Rafizi dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di IIDCC Shah Alam malam tadi.
Semalam Jamal meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi
menggantikan Khairy jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.
Pengerusi Umno Sungai Besar itu sebelum ini sering membuat kejutan bagi membantah beberapa tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Disember tahun lalu beliau hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan bertuala untuk menumpang mandi ekoran ketiadaan bekalan air di kediamannya selama empat hari.
Disebabkan keberanian itu, Rafizi berkata Jamal layak bertanding bagi jawatan ketua pemuda Umno.
“Jamal berani pakai tuala (di hadapan SUK Selangor) dan saya rasa Jamal lagi boleh jadi ketua pemuda Umno.
"Kalau Najib kena serang, kalau kita panggil berdebat Jamal dia berani,” katanya.
Related Posts :
Update Respon kepada GUAN Eng “Samanlah, kita jumpa di mahkamah” - Azwanddin >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 22 Nov. - “Baguslah, samanlah.” begitu reaksi ringkas Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3), Datuk Azwanddin Hamzah sebaik d… Read More...
Update Matawang Kuda pulak, macam2 benda pelik timbul--Najib >> Berita Malay 18
Berminat dengan matawang kuda?
Macam-macam benda pelik timbul kebelakangan ini.
Mula-mula ada Skim FundMyHome yang dikatakan akan b… Read More...
Update [Video Huru-Hara! Tajuddin Pasir Salak Mengamuk] Betulkah ini si NAJIB betul sudah ditipu si bangsat Jho Low! 8HB DISEMBER ADALAH HURU-HARA, RUSUHAN DAN KEMATIAN? >> Berita Malay 18Khasmis, 22 November 2018
Suara Rakyat
Kalau si NAJIB betul sudah ditipu dan tak tahu apa2 yg dilakukan oleh si bangsat JHO LOW ini maka s… Read More...
Update [Video Mohon Maaf Persatuan India Malaysia] SATU BODO, SATU LAGI BANGANG? Sesuai sgtlah UMNO PAS bersatu utk perbodohkan rakyat.. Rupa2nya Dataran dah ditutup kepada orang awam mulai 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019! Himpunan iCERD atas pokok di Dataran Merdeka? >> Berita Malay 18Khamis, 22 November 2018
Suara Rakyat
SATU BODOH, SATU LAGI BANGANG...
Sesuai sgtlah UMNO PAS bersatu utk perbodohkan rakyat.. Patutler s… Read More...
Update [Video Umno, BN dah hancur tapi Najib masih angkuh, kata blogger & Siapa Yang Musnahkan Institusi Melayu?] Isu iCERD jangan jadi 'kaldai politik'. >> Berita Malay 18Khamis, 22 November 2018
Isu iCERD jangan jadi 'kaldai politik'
Tindakan PM tidak menandatangai ICERD bijak. Sebenarnya ICERD ini diper… Read More...