Update 'Rakyat pun mahu tahu agenda Blok Ketiga Pas' >> Berita Malay 18



Pas yang dilihat berterusan mempersenda Harapan  terutama selepas pengumuman logo kesepakatan empat parti berkenaan digesa kembali menterjemahkan makna pendekatan budaya politik matang dan sejahtera.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Blok Ketiga yang diumumkan Pas pada 16 Mac tahun lalu itu sehingga hari ini masih belum jelas tawarannya kepada rakyat.
Shazni Munir Mohd Ithnin"Lebih baik pimpinan Pas serius dengan agenda mereka bersama Ikatan (Parti Ikatan Bangsa Malaysia) yang diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu.
"Rakyat pun mahu tahu apa agenda dibawa Pas melalui Blok Ketiga yang kononnya disokong beratus-ratus NGO itu," bidasnya ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Malaysia Dateline kelmarin.
Beliau memberitahu Harapan setakat ini benar-benar serius menawarkan perubahan lebih baik kepada rakyat dalam usaha menggantikan rejim Umno-BN.
"Kita sudah ada tujuh agenda utama 100 hari sebaik Harapan diberi mandat rakyat. Harapan juga sudah selesai struktur dan agenda yang mahu dibawa. Tinggal lagi soal berkaitan pengurusan, manifesto dan lain-lain.
"Di peringkat akar umbi pula, rakyat pun nampak jentera bagi keempat-empat parti dalam Harapan rancak mengadakan program secara kerjasama," jelasnya.
Mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad yang mengaitkan logo Harapan  dengan DAP, beliau berpendapat tindakan Exco kerajaan negeri itu sebagai sudah terdesak.
"Lucu pun ada. Dia cuba sedaya upaya mahu burukkan imej Harapan padahal majoriti rakyat tidak nampak kaitan itu. Kalau paling orang nampak pun pengaruh Amanah yang sering ditohmahkan sebelum ini.
"Bukankah Pas suka panggil Amanah sebagai Pan dan akhirnya logo itu ada pula kata 'Pan'. Mengapa tidak dikatakan logo tersebut ada pengaruh Amanah?
"Adakah sebab takut penyokong mereka nampak Harapan melibatkan pimpinan Amanah serius mahu menentang BN?
"Apapun saya anggap pihak yang keterlaluan mencemuh Harapan termasuk logo pun dipersenda adalah tentera siber Umno dan Pas," katanya.
Sehubungan itu, Shazni berharap Harapan mengekalkan momentum sedia ada dan pada masa fokus menggandakan kerjasama bagi menjatuhkan BN pada PRU-14 akan datang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :