Update Razak Baginda ialah elit terpisah daripada arus perdana >> Berita Malay 18

Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid berkata, nasihat Razak Baginda itu akan memburukkan masalah ketandusan modal insan kerana lebih ramai rakyat berpotensi membawa perubahan meninggalkan negara ini.

Syerleena-Abdul-Razak-BagindaPemimpin DAP menepis nasihat Abdul Razak Baginda kepada pencari kerja untuk berhijrah ke negara lain kerana saranan itu dibuat seorang elit yang terpisah daripada arus perdana masyarakat Malaysia.
Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid merujuk kenyataan penganalisis itu yang mengetuai badan pemikir Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon) dalam sebuah forum pada 27 Julai lalu.
Razak dilaporkan berkata, belia tempatan sekiranya mendapati tidak ada lagi peluang di negara ini, boleh berhijrah ke negara lain untuk mencari pekerjaan atau peluang ekonomi lain.
Syerleena berkata, nasihat Razak itu menunjukkan beliau tidak tahu kesusahan dihadapi rakyat Malaysia hari ini.
“Cadangan itu datang daripada Abdul Razak Baginda – seorang lelaki yang tahu sedikit sahaja tentang berhijrah ke negara lain dalam keadaan susah – ini menunjukkan betapa terpisahnya golongan elit.
“Bukan semua orang ada wang untuk berpindah ke luar negara dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai hubungan (dengan orang berpengaruh) seperti beliau untuk berbuat demikian.
“Orang kekal dalam negara atas alasan keluarga juga. Adakah Abdul Razak Baginda mencadangkan memecah belahkan keluarga dan melemahkan institusi keluarga?” soalnya ketika dihubungi FMT.
Syerleena yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata, Malaysia sudah menghadapi masalah ketandusan modal insan dan tidak wajar menasihatkan rakyat mencari peluang di negara lain.
“Ketandusan modal insan berlaku atas sebab seperti peluang lebih baik di luar negara, di mana gaji lebih tinggi dan lebih banyak faedah, antara lain, tetapi untuk menasihatkan rakyat berhijrah adalah tidak perlu dan saya berani mengatakan ia satu bentuk pengkhianatan.”
Syerleena berkata, ketandusan modal insan adalah kebimbangan serius untuk Pakatan Harapan kerana ia bermakna lebih ramai rakyat yang berpotensi membawa perubahan meninggalkan negara.
“Kadar rakyat Malaysia yang berhijrah, sama ada secara kekal atau tidak, menjadi topik perbincangan serius dan Pakatan Harapan sudah mengambil beberapa langkah untuk memulihkan keadaan itu.
“Awal tahun ini, kerajaan Pulau Pinang melancarkan skim biasiswa Yayasan Masa Depan Pulau Pinang sebanyak RM20 juta sebagai cara untuk mengekalkan bakat kita.
“Biasiswa itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia di bawah 25 tahun yang mendapat CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) minimum 3.0. Untuk melayakkan diri, mereka perlu berasal daripada keluarga berpendapatan tidak lebih RM15,000 sebulan.
“Saya secara peribadi tidak akan menggalakkan rakyat berhijrah. Ini rumah kita. Secara peribadi, saya terlalu cinta kepada negara ini dan akan meneruskan pembaharuan yang diperlukan rakyat Malaysia.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: