Usaha membina semula negara ini bukan sekadar menumbangkan Najib Razak sebaliknya merangkumi langkah mereformasikan sistem dan institusi penting negara, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Menurutnya, kehadiran Tun Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan diterima selepas melalui pelbagai perbincangan sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju untuk melakukan perubahan tersebut.

"Kita mengatur banyak pertemuan. Tun Mahathir menyatakan mahu menjatuhkan Najib. Kami boleh menerima tetapi kita tidak mahu Najib ditumbangkan lahir Najib kedua.
"Tumbangkan Najib kedua, lahir Najib yang ketiga. Tidak lahir seperti Najib hari ini kalau bukan sistem yang menjadikan Najib hari ini.
"Oleh itu, kalau mahu kita bina semula negara ini, kita bukan sahaja hendak menjatuhkan Najib tetapi kita mahu mereformasikan perundangan, institusi undang-undang dan politik negara ini dengan memperkenalkan politik baru," tegasnya di Tanjong Malim kelmarin.
Berucap sempena siri Jelajah Bina Negara, Dr Mujahid menafikan dakwaan kononnya perjuangan Reformasi 1998 dilupakan ekoran penerimaan terhadap Tun Mahathir dalam gabungan parti pembangkang.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan iltizam untuk melakukan perubahan secara menyeluruh merupakan tuntutan sejak zaman Reformasi.
"Inilah yang kita mahukan sejak tahun 1998, 1999. Apabila Tun Mahathir menyatakan bersetuju untuk mereformasikan perundangan, kehakiman, pilihan raya, politik pada waktu itu saya dan YB Rafizi bersiap sedia untuk tanda tangan Selamatkan Negara.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video TERKINI! Lokman Adam Telah Ditahan Lokap Bkt Aman atas AKTA HASUTAN] PEDAS KJ 'Sindir' Lokman & Ellie Isu Najib Dan Zahid ''Dah Salah Tu Salah La!''! Raja Perempuan Kelantan mesti berbangsa Melayu...Tidak bolehkah Pas Kelantan dipercepatkan pindaan perlembagaan negeri itu? >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Sistem beraja sudah kuno, tidak boleh dipertahan, kata aktivis PH >> Berita Malay 18
25 Syawal 1439H, Isnin – Seorang peguam, Fadiah Nadwa Fikri hari ini mempertikaikan kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pe… Read More...
Update [Video 1MDB - SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA] PH boleh terima bekas pegawai Jasa, tapi ada syarat & Polis berkas lelaki tampar pembantu kedai di P Pinang. >> Berita Malay 18Khamis, 10 Januari 2019
Daulat Tuanku....!
PH boleh terima bekas pegawai Jasa, tapi ada syarat
Penyerahan borang permohonan bekas pegawai… Read More...
Update Zaman PH ANJING berkuasa : Penduduk sedia ikut jika Pengerusi Masjid dipenjara >> Berita Malay 18
SEREMBAN 10 Jan. - Penduduk Taman Lavender Heights di sini sanggup dipenjarakan demi mempertahankan pengerusi masjid kawasan itu, Moh… Read More...
Update Anda cuba tafsirkan, Pertemuan Sultan Johor dengan Tun M, Najib & Anwar >> Berita Malay 18
Perbezaan PM6 dan PM7
//
Perbezaan gaya bersalam PM7 dan BAKAL PM8
… Read More...