Gua Musang - Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM80 juta bagi membina 500 unit rumah bagi generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata peruntukan itu merupakan baki daripada pembinaan 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang ditangguhkan buat sementara bagi memberi laluan pembinaan rumah generasi kedua Felda dan Kesedar.
“Lagipun kerajaan sudah menyiapkan 1,000 unit rumah PPR di bandar ini yang diagihkan kepada penduduk dan pembinaan baki 500 unit yang dijanjikan sebelum ini ditangguhkan sementara waktu,” katanya selepas menyempurnakan penutupan mesyuarat agung pertama Gabungan Generasi Kedua (G2K) Kesedar di Dewan Paloh 1 di sini, semalam.
Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, berkata pembinaan rumah generasi kedua, yang berbentuk flat dengan pelbagai kemudahan termasuk lif, akan dimulakan sebaik semua urusan berkaitan selesai dan tapak bagi tujuan itu dikenal pasti Kesedar.
Masalah kediaman generasi kedua itu menjadi keutamaan untuk diselesaikan dalam masa terdekat kerana mereka sudah sekian lama hidup menumpang bersama ibu bapa walaupun sudah berumah tangga, katanya.
Related Posts :
Update [Video Keluarga Saya 'Umno Totok Bangga' Zaman Mahathir Tapi Malu 'Umno Penyamun' Era Najib] 'Perpaduan Penyamun' Mereka hanya bela perasuah? Perdamaian Anwar-Mahathir, muafakat pembangkang, mimpi ngeri buat UmnoBN. >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Saya pon nak tanya : Siapa dia Penyamun, Penjenayah, Pencuri, Penipu, Pembohong, Perasuah dan Perompak wang Raky… Read More...
Update [Video Pemimpin Umno DIKONGKONG Najib yg merosakkan negara] Gandingan Mahathir-Anwar bikin Umno goyang! Dr Aziz Bari-Tak masuk akal Mahathir ‘ulangi kesilapan lampau’ malah mampu mempermudahkan peralihan kuasa di Putrajaya. >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Gandingan Mahathir-Anwar bikin Umno goyang.
Terdapat usaha menakut-nakutkan orang Melayu untuk mengundi … Read More...
Update PERBEZAAN ISU TEROWONG DAN FELDA ADALAH KEJUJURAN >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur - Perbezaan isu terowong dasar laut Pulau Pinang dan Felda adalah kejujuran kedua-dua pemimpin yang menerajui isu berkenaan… Read More...
Update [Video DUIT RAKYAT SABAH TIRIS RM1.5 Bilion! Ribuan Sambut Shafie Apdal di Keningau Sabah] Apakah ini ‘drama Felda’ untuk bantu BN menang PRU14? >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Apakah ini ‘drama Felda’ untuk bantu BN menang PRU14?
Pengerusi Felda Shahrir Abdul Samad ketika mengumumkan kej… Read More...
Update [Video WARISAN Sabah-Najib Bila Curi Duit Tahu, Tapi Hilang Duit Buat Tak Tahu & KERUSI MELAYU ada pada PAKATAN HARAPAN] 'Mampussslaa Melayu'! Pecat kakitangan awam yang anti-Umno/Kerajaan & Hidup Melayu/Islam! Siapa itu MELAYU dan Siapa itu ISLAM? Cadangan RCI Memali, adakah satu bentuk ugutan kpd Hadi dan Pas? >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
UMNO dah ada cara baru cipta pel… Read More...