Selepas 12 tahun kenderaan hilang akibat dicuri, siapa sangka ia ditemukan semula pada 22 Julai lalu di Pulau Tioman, di sini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor berkata, kenderaan itu berjaya dirampas melalui Op Lejang Khas yang dilaksanakan di pulau peranginan itu.
Menurutnya, pasukan polis yang bertindak atas maklumat awam telah menahan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang dinaiki seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mencurigakan.
"Kenderaan ini bersama pemandunya yang berusia lingkungan 30an telah ditahan berhampiran Terminal Jeti Kampung Tekek sekitar jam 1.40 petang pada 22 Julai lalu.
"Suspek menjalankan pekerjaan membawa pelancong di pulau ini dan merupakan orang tempatan. Suspek kini masih direman manakala hasil semakan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Kepong, Selangor pada 2005," katanya dalam satu sidang media di IPD Rompin, hari ini.
Azli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan manakala kenderaan itu telah dirampas sebagai bahan bukti dan pemiliknya juga sudah dimaklumkan.
Dalam pada itu, Azli turut memberitahu bahawa sentiasa meminta pegawai atau anggota agar membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang mencurigakan dan ia terbukti mampu menurunkan kadar jenayah dengan agak ketara.
"Pegawai dan anggota diminta setiap hari keluar membuat pemeriksaan secara rawak ke atas kenderaan yang mencurigakan, lakukan semakan dan sekiranya ada rekod kita akan tahan.
"Saya juga menasihatkan masyarakat di luar sana agar menyemak status atau mengesahkan pemilik kenderaan terpakai sebelum membuat pembelian," katanya
Related Posts :
Update [Video Dia pergikah? Saya pun tak tahulah] Wahhh angkuh ko yer! Adakah Brenton Tarrant mengalami masalah mental? Tidak! Dia adalah seorang pengganas! >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Mac 2019
KiniTV
Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terkejut apabila diberitahu Menteri Besar Johor Osman Sapian berkunjung ke Indo… Read More...
Update [Video Kerajaan campuran itu cuma spekulasi] DAP beri teguran keras pada Adun Mengkibol >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Mac 2019
DAP beri teguran keras pada Adun Mengkibol
DAP hari ini memberikan teguran keras kepada Adun Mengkibol, Chew Chong Si… Read More...
Update Kenapa Menteri PH Di Ground Zero Pasir Gudang Macam Robocop? >> Berita Malay 18
Kerajaan PH berulang kali mengatakan keadaan di Pasir Gudang tidak bahaya dan tiada kematian. Jadi tidak perlu diistihar darurat. Namun… Read More...
Update [Video Ronald Kiandee (PAC) pilih nak masuk parti k'jaan, apa kita boleh buat?] Pengganas 'kulit putih' & Tidak semua manusia berhati syaitan! Haramkan Jari ANDA BERMAIN GAMES PUBG..Jom Sama2 Boikot Games PUBG! Pengerusi PAC - Bolehkah diterima hujah atau alasan Tun M ini? Hrmmm. >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Mac 2019
KiniTV
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan tetap dik… Read More...
Update [Video Umno dah tak dak nasib & LABUN Tok Mat] SAYONARA NOPAS! Undi bukan Melayu akan 10O% dpt kpd PH, MCA/MIC boleh dah tutup kedai! UMNO akan hilang semua kerusi di Sabah, nama PAS pulak org Sabah Sarawak x mau dengaq & S'wak langsung tak dak Umno. >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Mac 2019
'Kes sian' dah bersiap bagai nak rak pakai topeng, pikul tong gas, tup..tup disuruh sapu sampah kat koridor...Cissss.!&… Read More...