Kuala Lumpur – Malang menimpa seorang remaja perempuan yang dipercayai dipukul hinga pecah bahagian tengkorak apabila rumahnya di rompak di Kampung Masjid, Kajang dekat sini, semalam.
Menurut laporan Bernama, Syazana Amirah Asshaari berusia 14 tahun ditemui oleh ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi.
Siti Rafiah berkata, beliau keluar bekerja awal pagi dengan mengambil upah mengemas rumah dan pulang ke rumah pada 11 pagi sebelum melihat keadaan anak bongsunya yang tidak sedarkan diri di dalam bilik.
“Saya terus minta tolong jiran untuk menghubungi ambulans untuk menghantar anak ke hospital, ” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah memandangkan yang lain keluar bekerja.
Siti Rafiah berkata, anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi HKL dan berada dalam keadaan kritikal.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan mendapati tengkorak kepala mangsa di sebelah kiri dan kanan pecah dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.
“Selain itu, ibu mangsa mendapati dua buah telefon bimbit serta dompet milik mangsa telah hilang,” katanya.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta memaklumkan kepada polis atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zazali Kenek di talian telefon 019-7100662. – Bernama
Related Posts :
Update [Video Penerangan Sebenar Rentetan Kes 1MDB & Siapa Terlibat? Rakyat M'sialah yg menanggung kesengsaraan akibat Skandal 1MDB!] BNM Keluarkan Wang Kertas TERBESAR di Dunia, Sekeping RM600, RM180, RM60 >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Disember 2017
Foto: BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) bakal mengeluarkan wang kertas edisi terhad khas sempena sambutan ulang t… Read More...
Update [Video Negaraku Politik Kartun & Kerajaan Kartun? Najib Takut Kepada Kartunis, Dia Haramkan Kartunis] Jangan termakan jerat Umno keruhkan hubungan PH dengan istana. >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Disember 2017
Jangan termakan jerat Umno keruh hubungan PH dengan istana
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tida… Read More...
Update [Video Forum 1MDB-2018 KEJATUHAN DIKTAKTOR DUNIA & KEKAYAAN NAJIB!] Mu (Pas) kata, aku kata... >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Disember 2017
Pas bukan saja berniat tetapi berazam untuk bersatu dengan Umno – Malaysia Dateline
Mu (Pas) kata, aku kata...
… Read More...
Update AS mungkin tak minta bantuan Malaysia dalam siasatan 1MDB >> Berita Malay 18Haniff Khatri Abdulla berkata, ianya kerana peguam negara Malaysia sudah 2 kali menolak permintaan peguam negara Switzerland untuk Bantuan P… Read More...
Update [Video Dr M 'dating', ajak Siti Hasmah tengok Star Wars] Mengapa Pas takut jika Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri? INI JAWAPAN UNTUK PAS. >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Disember 2017
Dr Mahathir, Siti Hasmah catch 'Star Wars' on date night.
The Malaysian Insight
INI JAWAPAN UNTUK PAS
Kata se… Read More...