Penyanyi kumpulan Iklim, Saleem dimasukkan ke Pusat Pakar UKM, Cheras semalam akibat demam panas sejak seminggu lalu.
Isterinya, Juriah @ Julia Bachok berkata, Saleem, 55, atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed dibawa ke hospital berkenaan selepas mengalami demam panas dan berada dalam keadaan lemah.
"Abang Saleem kerap mengalami demam panas sejak kebelakangan ini. Buat masa ini punca sebenar penyakitnya belum dikenal pasti.
"Dia juga mengalami bengkak di bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan esok. Namun ia bergantung pada tahap kesihatannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurut Julia, keadaan kesihatan Saleem masih baik ketika menyambut Aidilfitri di Benut, Pontian minggu lalu.
Bagaimanapun, dia mula mengalami demam panas selepas menjayakan persembahan di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada hari raya ketiga lalu.
"Abang Saleem mengadu terlalu penat dan saya segera membawanya ke Pusat Pakar UKM untuk pemeriksaan.
"Demamnya masih kuat manakala jantungnya juga lemah. Doktor memberi bantuan oksigen bagi membantu pernafasannya. Sekiranya keadaan tidak berubah pembedahan akan ditangguhkan," katanya.
Julia berkata, melihatkan keadaan Saleem sekarang, dia terpaksa menimbang untuk menolak beberapa tawaran persembahan yang diterima.
"Sepatutnya dia akan membuat persembahan di Terengganu pada masa terdekat ini, tetapi saya kenalah tolak buat sementara waktu.
"Saya berterima kasih kepada Harry Khalifah dan Ameng Spring yang prihatin dengan kami serta syarikat rakaman Rusa Music yang menguruskan kemasukan abang Saleem ke sini. Saya minta semua pihak mendoakan agar kesihatannya kembali pulih," katanya.
Related Posts :
Update Siti Clare Brown tersenyum, lebai pula terlondeh serban... >> Berita Malay 18
Lihat dari kenyataannya, matanya yg terbeliak, air lior bersembur, janggut sejemput menggigil para lebai puyuh angguk dan menjerit 'takbir… Read More...
Update [Video Sah Pas Terima Duit Umno & Audio Nik Abduh Tulen] Nik Abduh mengaku Pas ambil duit Umno (audio) & Pas mungkin kutip derma lagi. >> Berita Malay 18
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/02/update-video-tak-ada-disiplin-kita.html">Update [Video "Tak Ada Disiplin Kita Takkan Maju" Tun M melawat petani2] Peguam Pas firma Carter Ruck UK beri kata dua...MB Perak persoal status dana RM90 juta. >> Berita Malay 18Isnin, 4 Februari 2019
Nik Abduh Nik Aziz kata audionya itu satu fitnah, tapi loyar Hadi kata itu tulen. Jenoh nak jawab...
TS.
MB Perak… Read More...
Update [Video Ada Berlaku Transaksi & Husam Dedahkan PAS Terima RM90 juta] Seedih Ape BOSSKUL? Najib akui sedih, lalui detik sukar lepas BN tewas. >> Berita Malay 18Isnin, 4 Februari 2019
TS.
Najib akui sedih, lalui detik sukar lepas BN tewas
Bekas perdana menteri Najib Razak mengakui beliau sed… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/02/update-video-nik-abduh-jadi-egen-siapa.html">Update [Video Nik Abduh jadi egen siapa dalam Pas?] Hadi tarik balik saman TANPA SR PERLU MEMOHON MAAF! Di manakah maruah Pas? Adakah telah berada dalam tong sampah? Bermula hari ini "Aku keluar dari Parti PAS". >> Berita Malay 18Isnin, 4 Januari 2019
Tumpang sekole.
LUAHAN HATI SEORANG AHLI PAS YANG KECEWA
Abdul Karim B Abdul Razak nama ku. Usia ku sudah 57… Read More...