
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan kembali ke Umno, walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi Perdana Menteri.
Bekas perdana menteri itu membuat pengakuan di dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersama Malaysia dengan mendakwa bahawa Umno telah musnah dan tersesat daripada perjuangan terasnya.
“Ia tidak lagi mengenai perjuangan untuk bangsa, agama dan negara,” kata pengerusi Pribumi pada Jumaat.
Dr Mahathir, yang merupakan bekas presiden Umno, menjawab soalan sama ada beliau akan kembali kepada parti jika Najib bukan Perdana Menteri.
“Saya tidak akan kembali kepada Umno kerana Umno telah musnah yang hanya mengutamakan perjuangan untuk ‘dedak’,” katanya.
Dr Mahathir membentuk Pribumi bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2016.
Pribumi telah menyertai blok pembangkang Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pakatan Harapan baru-baru ini mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dan Dr Mahathir sebagai pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua serta presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Pakatan.
Related Posts :
Update Kita patut bangga dengan Riza Aziz >> Berita Malay 18Mohd Fudzail Mohd Nor
Dalam heboh dan hiruk pikuk mengenai pemfailan Jabatan Keadilan (DOJ) mengenai harta yang kononnya dibeli oleh gang M… Read More...
Update DITUDUH PENCURI DAN MELAKUKAN JENAYAH, BILA LAGI NAJIB NAK SAMAN TUN MAHATHIR? >> Berita Malay 18
Tun Mahathir Mohamad terus konsisten dan terbuka mengkritik serta menyerang Najib Razak.
Sementara Najib hanya berani main sindir-sindir d… Read More...
Update ATUK PALING 'HOT' DI CHINA >> Berita Malay 18
Pesara biasanya akan menghabiskan banyak masa dengan berehat di rumah sahaja.
Tapi tidak bagi Wang Deshun, 81, yang dianggap sebagai d… Read More...
Update ATUK PALING 'HOT' DI CHINA >> Berita Malay 18
Pesara biasanya akan menghabiskan banyak masa dengan berehat di rumah sahaja.
Tapi tidak bagi Wang Deshun, 81, yang dianggap sebagai d… Read More...
Update Petua & Tip Beli Lemang Tepi Jalan, Nak Tahu Ia Elok Atau Tidak, Supaya Nanti Tak 'Terkena' Bila Dah Terbeli >> Berita Malay 18
Mungkin ada yang tidak sempat buat, atau pun dalam perjalanan balik kampung, nampak banyak penjual lemang di tepi jalan, jadinya ambil ke… Read More...