Kuala Lumpur - Sejarah politik masa lalu perlu sentiasa diingati kerana terdapat pelbagai kesilapan yang perlu diperbetulkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata, politik yang kelam pada masa lalu tetap berharga untuk dikenang dan diingati sebagai panduan untuk rakyat lebih bijaksana dalam meniti masa depan.
"Pertanyaannya, jika kita tidak mahu melihat politik masa lalu, bagaimanakah kita mahu menjadikan pengalaman lepas untuk memandang masa depan yang lebih baik?
"Kes BMF (Bumiputra Malaysia Finance), Memali, Operasi Lalang, Forex, penswastaan MAS, krisis kewangan 1997, kes liwat Anwar Ibrahim, kes pencabulan demokrasi, kes pemecatan Ketua Hakim Negara, apakah kita boleh melupakannya begitu sahaja?," kata Salleh menerusi catatan terbaru di laman blog beliau, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melupakan politik masa lalu bagi melihat masa depan politik Malaysia yang lebih baik.
Salleh berkata sejarah adalah guru kehidupan dan melupakan sejarah adalah bagaikan membuang aset berharga negara kerana ia menjadi rujukan penting untuk generasi akan datang.
"Jika kita tidak belajar daripada sejarah masa lalu, maka kita tidak akan melangkah maju ke depan kerana kita berpotensi untuk mengulanginya semula," katanya.
Related Posts :
Update Takkan 1 ayam kawan dgn 10 ekor itik, ia akan jadi itik... >> Berita Malay 18
Sangat simplistik pandangan Takiyuddin Hassan (pix,atas) yang juga Setiausaha Agung parti agama mengenai pelantikan Sheikh Ummar Ali… Read More...
Update [Video Parti pembangkang yang terima wang 1MDB, bolehlah pulangkan - Guan Eng] Anak Najib pertahan kemasukan Israel. OK. & MCA pertahankan kemasukan Israel. Pun OK! Mana laungan 'kaaafiruuun', 'munafiquuun', 'liberaliyyuuun' drpd walaun? >> Berita Malay 18Rabu, 30 Januari 2019
TAN: "Tiada tempat untuk diskriminasi dalam sukan abad ke-21" - Foto MCA
Kami Viral
Anak DS Najib Razak pertahan ke… Read More...
Update [Video PRK Cameron: Kurang tepat kata rakyat tolak k'jaan, kata Mahfuz] Lupakan perbahasan PH-BN, banyakkan kerja siasatan, kata Jomo & Cikgu Bulan: Ibu bekas calon PAS Cameron menangis pangkah dacing. >> Berita Malay 18Rabu, 30 Januari 2019
TS.
Lupakan perbahasan PH-BN, banyakkan kerja siasatan, kata Jomo
"Malaysia baru" memerlukan media yang memberi tu… Read More...
Update Video Thank you Malaysia شكراً ماليزيا على أنغام الدحية 😄 Terima Kasih from Palestinians Gaza] Asyraf Wajdi disekolahkan! Dr M juara carta mingguan berita dunia terhangat Al Jazeera. >> Berita Malay 18Rabu, 30 Januari 2019
Asyraf Wajdi disekolahkan!
Kami Viral
Kelab Che Det
Dr M juara carta mingguan berita dunia terhangat Al Jazeera
… Read More...
Update Islam Memerintah : pinjam RM10k, Bayar RM10k, TANPA Faedah di Terengganu >> Berita Malay 18
KUALA TERENGGANU – Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Terengganu semalam merupakan tabung patuh syaria… Read More...