Untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Holdings Berhad (FGV), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menyingkirkan semua pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan itu yang didakwa meneruskan legasi Tan Sri Isa Samad.
Penasihat Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F) Datuk Zulkefli Nordin berkata pengerusi FGV ketika ini, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob pula tidak membersihkan ahli lembaga pengarah FGV seperti yang diharapkan.
"Pada peringkat awal semasa beliau baru dilantik, saya beri sepenuh kepercayaan untuk buat perubahan di FGV. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Kami rasa terkilan dengan apa yang berlaku di FGV sekarang. Kalau dulu bila Tan Sri Shahrir Samad ambil alih Felda, alhamdulillah, beliau buat perubahan yang amat drastik.
"Dia bersihkan ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation (FIC).
"Tetapi ini tidak berlaku di FGV apabila pengerusi baharu dilantik. Beliau mengekalkan beberapa nama yang mempunyai sejarah kontroversi," katanya pada sidang media di Hotel Grand Season Kuala Lumpur hari ini.
Krisis FGV tercetus selepas lembaga pengarah, yang diketuai oleh Isa mengarahkan presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad, bercuti kerana didakwa gagal mematuhi peraturan urus tadbir korporat.
Zakaria kemudian menuduh lembaga pengarah cuba membuat urusan pelaburan yang "tidak masuk akal", tetapi telah dinafikan oleh lembaga tersebut.
Sulaiman pula dilantik menjadi pemangku kepada jawatan Isa.
Perdana Menteri kemudian menugaskan bekas menteri, Datuk Seri Idris Jala untuk menyiasat kemelut itu, yang berakhir dengan menyerap Isa ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Zakaria menghadapi prosiding tatatertib.
Related Posts :
Update Seleweng Dana Yayasan Untuk Bayar Kad Kredit, Zahid Bakal Didakwa? >> Berita Malay 18
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meny… Read More...
Update Seleweng Dana Yayasan Untuk Bayar Kad Kredit, Zahid Bakal Didakwa? >> Berita Malay 18
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meny… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/10/update-mana-pergi-pen-drive-kait.html">Update “MANA PERGI PEN DRIVE KAIT PEMBUNUHAN DENGAN 1MDB?" >> Berita Malay 18
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang beberapa kali mengaitkan be… Read More...
Update Pekerja MMC Gamuda Jangan Bimbang, 20,000 Hilang Kerja, Pemuda PH Ganti Dengan 1 Juta >> Berita Malay 18
Berhubung penamatan kontrak bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) oleh Kerajaan Pakatan Harapan semalam, bakal mengakibatkan kehil… Read More...
Update 'Lepas 3 tahun sertai DAP, pegangan agama saya tak luntur' >> Berita Malay 18'Lepas 3 tahun sertai DAP, pegangan agama saya tak luntur': WAWANCARA | Sedangkan, kata Sheikh Omar, parti lamanya, PAS kini 'menggunakan Is… Read More...