Update Setakat Bagi Pinjaman Pelajaran Tanpa Feadah Saja @AzminAli ? Kerajaan BN Selangor Sudah Lama Buat >> Berita Malay 18


Tular di media-media sosial Whatsapp bahawa Kerajaan Selangor akan memberikan pinjaman pelajaran tanpa faedah kepada anak-anak Selangor yang memasuki IPTA dan IPTS. Chop!!! Bukankah Pakatan Harapan (dahulunya dikenali dengan Pakatan Rakyat) berjanji di dalam manifestonya akan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. 

Maka jawablah macai-macai penjilat DAP, kami tidak dapat lakukan itu kerana kami masih belum memerintah Kerajaan Persekutuan. Woi bodoh! Universiti Selangor (UNISEL) adalah 100% milik Kerajaan Selangor, bertempat di Selangor, berada di dalam pemerintahan Pakatan Selangor. Kenapa masih tidak beri pendidikan percuma? Krik! Krik! Krik!

Kedua, Kerajaan Pakatan Selangor bagi pinjaman tanpa faedah untuk tempoh sebulan sahajakah di dalam bulan Ogos? Saya ulang sebulan sajakah? Apa jadi kalau dipohon pada 1 September?

Ketiga, Pinjaman Pelajaran Selangor tanpa faedah untuk anak negeri bukan perkara baru. Kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) telah lama mengamalkannya.





Begitu jugalah dengan 'manifesto bukan janji' ala Pakatan Pembangkang untuk menghapuskan tol. Pada Januari 2011, Azmin Ali berkata Buku Jingga milik Pakatan Rakyat mampu melaksanakan penghapusan tol. Tahun 2017, selepas beberapa tahun mengambil alih Selangor, Buku Jingga menjadi Kepala Jingga. Janji tinggal janji. 

Azmin Ali yang ketika ini menjadi Menteri Besar Selangor pun tidak mampu untuk menghapuskan dua tol iaitu KESAS dan SPRINT walaupun dua anak syarikat milik Kerajaan Selangor iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Peransang Selangor Berhad (KPSB) turut mempunyai pegangan dalam kedua-dua konsesi lebuhraya berkenaan.

Kesimpulannya, lain kali kalau Pakatan Harapan berjanji, dengar boleh, percaya jangan kerana kalau mengikut janji-janji dan manifesto pembangkang, babi pun boleh terbang.

Subscribe to receive free email updates: