MCA, salah sebuah parti komponen BN yang sebelum ini diketahui merupakan antara penentang kuat Akta 355 daripada diambil-alih pembentangannya oleh kerajaan sehingga Najib Razak tunduk kepadanya, dalam perkembangan terbaru menyelar DAP kerana memberi lebih banyak bantuan kepada orang Melayu dan perkembangan agama Islam di Pulau Pinang.
"Selepas mengambil lih Pulau Pinang pada 2008, hanya dalam tempoh 8 tahun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memperuntukkan RM4.5 juta untuk hal ehwal Islam dan RM8 juta kepada 20 buah sekolah aliran agama Islam, satu jumlah yang lebih banyak berbanding agama lain.
"Pemberian kontrak kerajaan pula, 90 peratus daripadanya diberikan kepada Bumiputera," ujar beliau.
Selain itu, tambah beliau, dibandingkan dengan pentadbiran di bawah Gerakan sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP juga memperuntukkan lebih banyak kepada masyarakat Bumiputera berbanding kaum-kaum lain.
Maka, antara DAP dan MCA, siapa yang sebenarnya anti Melayu dan anti Islam?
Kenapa MCA perlu marah kepada DAP hanya disebabkan memberi lebih banyak bantuan serta pertolongan kepada orang Melayu dan agama Islam?
Bukan tindakan DAP itu membuktikan mereka menghormati kedudukan Melayu sebagai kaum majoriti serta Islam sebagai agama rasmi Persekutuan?