Akhlak ulama dan ahli falsafah ulung Indonesia, Hamka terhadap bekas presiden Indonesia, Sukarno yang pernah memenjarakannya menjadi inspirasi kepada sikap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau mencontohi sikap Hamka dalam menerima kehadiran Dr Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bekerjasama dengan KEADILAN dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno BN.
“DSAI (singkatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) selalu berpesan kepada kami berkenaan sikap Buya Hamka terhadap Sukarno.
“Walaupun ada kesalahan Sukarno terhadap Buya Hamka, tetapi Buya Hamka tetap hadir menunaikan solat jenazah ketika kematian Sukarno,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut Nurul Izzah, beliau percaya Tuhan mengubah hati Dr Mahathir yang kini kembali kepada jalan yang benar.
“Dahulu, Tun M menolak agenda Reformasi yang didokong oleh DSAI. Ternyata Tuhan menguasai hati manusia.
“Makanya kini, Tun M sebumbung bersama Parti Keadilan Rakyat atas Pakatan Harapan bersama-sama berusaha menjatuhkan kleptokrat – yang merupakan dasar utama Agenda Reformasi.
“Selama kita berada dalam kebenaran, yakinlah kebenaran pasti akan menang,” katanya lagi.
Dr Mahathir yang merupakanbekas perdana menteri keempat memecat Anwar pada tahun 1997 yang pada masa itu merupakan timbalannya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Anak Kera Anak Beruk] PAS TERTINGGAL JAUH DI BELAKANG..Politik adalah seni Muamalah & PAS memang 'lambat paham'... >> Berita Malay 18Isnin, 4 Februari 2019
PAS TERTINGGAL JAUH DI BELAKANG.. Politik adalah seni Muamalah.
1. 4 tahun yang lalu, apabila sejumlah pimpinan di … Read More...
Update [Video Lawok DAKWAAN TERIMA RM90 juta] Lagu Mano Kelate Kito? Asyik-asyik cerita malu apa Pasku je! Hentikanlah melokman diri dengan politik, hentikanlah hipokrik dan munafik bossku & Lebih pelik laskar Maya pro PH dulupun kini tunggang terbalik? >> Berita Malay 18Isnin, 4 Februari 2019
Asyik-asyik cerita malu apa Pasku je..
Pakatan Harapan Supporters
RAKYAT TERUS MEMBOHONGI DIRI SENDIRI..
Apakah p… Read More...
Update Pemilik rumah usah ambil mudah, insuranskan kediaman anda! >> Berita Malay 18Pemilik rumah usah ambil mudah, insuranskan kediaman anda!: Pemilik rumah usah ambil mudah, insuranskan kediaman anda!
… Read More...
Update Kesimpulan AJL Ke 33 >> Berita Malay 18
Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 33 melabuhkan tirai semalam. Kesimpulan Anugerah juara lagu 33 - Haram Bunga Sampai Bila-Bila Di Matam… Read More...
Update [Video Saya tak pernah jadi boneka] Kini hanya polis, SPRM mampu rungkai isu RM90 juta & Sekarang PRU 14 dah berlalu, jadi maruah dan air muka Pas tidak sepenting dulu lagi. >> Berita Malay 18Isnin, 4 Februari 2019
Kini hanya polis, SPRM mampu rungkai isu RM90 juta
Setelah penyelesaian luar mahkamah antara PAS dan Sarawak Re… Read More...