Update SKANDAL 1MDB: KENAPA TIADA PIMPINAN PAS TAMPIL SOKONG TUAN IBRAHIM? >> Berita Malay 18

Walaupun semua persoalan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menjawab perlecehan yang cuba dilakukan oleh Ketua Pengarah JASA, Dr. Puad Zarkashi terhadapnya bukanlah sesuatu yang asing dan baru, tetapi sebenarnya itulah pertanyaan yang selama ini turut bersarang dalam pemikiran rakyat Malaysia yang prihatin.

Antara yang ditanyakan oleh Tuan Ibrahim kepada Dr. Puad ialah:-

"Jika Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salahlaku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri.

"Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB? 

"Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?

"Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?

"Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?

"Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM sendiri tidak menfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?"

Jelas, tepat serta mudah saja pertanyaan Tuan Ibrahim. Sebagai ketua kepada sebuah badan propaganda kerajaan, Dr. Puad mesti tampil menjawabnya juga dengan jelas, mudah, betul dan meyakinkan.

Malah, berbanding dengan percubaan Presiden Pas, Hadi Awang yang mahu mengaitkan saman DOJ sebagai suatu campurtangan asing, persoalan yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim tentang 1MDB ternyata jauh lebih relevan dan dapat diterima.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :