Selepas di Penaga, ceramah bertajuk “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” itu dijadual akan menjelajah ke tempat-tempat lain di seluruh negara.
Kenapa mereka tergamam?
Hutang 1MDB – lebih RM50 bilion.
Duit yang dipercayai hilang berdasarkan siasatan DOJ – AS$4.5 bilion atau kira-kira RM20 bilion.
Masuk dalam akaun peribadi MO1 sebagaimana dapatan DOJ – AS$731 juta atau lebih kurang RM3,000 juta.
Nilai barang kemas mewah yang dihadiahkan Jho Low kepada isteri MO1 – RM128 juta.
Jho Low juga tentunya dapat bilion-bilion.
Jika tidak, mana mungkin Jho Low mampu beli hotel, jet, kapal layar, lukisan mahal, menghadiahkan barang kemas kepada selebriti ternama dan bersuka-ria di pesta arak serta kasino?
Belanja haji oleh 1MDB – hanya RM56 juta sejak 2011.
Mau orang kampung tak tergamam?
Rupa-rupanya lebih banyak dibelanja di Amerika dan untuk bersuka-ria daripada membuat pahala atau pahala yang digembar-gamburkan tidak lebih semata-mata hanya untuk menutup banyak dosa?