Pelakon drama Korea popular, Descendants of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilaporkan bakal berkahwin hujung Oktober depan.
Menurut laporan portal Soompi, berita gembira itu diumumkan oleh wakil agensi pasangan tersebut iaitu Blossom Entertaiment dan United Artist Agency (UAA) hari ini.
“Pertama sekali pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Korea dan juga antarabangsa kepada pasangan berkenaan kerana memberikan sokongan kepada mereka.
“Bagaimanapun kami juga memohon supaya anda memahami situasi dan juga berita mengejutkan yang kami sampaikan ini.
“Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal melangsungkan perkahwinan pada hari terakhir bulan Oktober 2017.
“Perkahwinan bukan sahaja merupakan perkara peribadi kepada kedua pasangan tersebut sebaliknya ia juga melibatkan keluarga mereka.
“Dengan pemberitahuan mengenai perkahwinan tersebut, kami meminta supaya anda memahami situasi mereka.
“Besarlah harapan kami sekiranya anda dapat memberikan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.
“Song Joong Ki dan Song Ji Hyo akan menyampaikan sendiri berita gembira itu kepada peminat kelak, Terima kasih,” kata wakil tersebut.
Dalam pada itu, hashtag popular #SongSongCouple menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.
#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama tersebut ditayangkan tahun lepas.
Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan serasi itu disatukan.
Related Posts :
Update PH menang, Pas Kalah di PD petanda Melayu mahu ajaran LIBERALISME, Tiada lagi KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA?? >> Berita Malay 18
Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengalu-alukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali aktif berpolitik dan ia petanda pengaruh PAS di kalangan… Read More...
Update [Video Anwar Ibrahim - lagu untuk Azizah] TOLONG JANGAN CUKAI KAMI LAGI! >> Berita Malay 18Sabtu, 13 Oktober 2018
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/10/update-video-anwar-menang-besar-gegar.html">Update [Video Anwar menang besar, gegar PD] TAHNIAH Anwar "Welcome back to parliament!" TAHNIAH juga kpd PAS kerana terselamat dari #HilangDeposit & PRK PD dimenangi tanpa janji manis, kata Anwar. >> Berita Malay 18
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/10/update-video-depa-kata-hang-menteri.html">Update [Video Depa kata hang 'Menteri' Kutip Sampah?] Undi Tentera & Polis MENINGKAT 122% untuk PH, Undi Popular pula untuk Anwar sebesar 70% (setiap 1000 pengundi, 700 undi Anwar)! Ayat penyedap hati Pas, "Kami menang dalam kalah" >> Berita Malay 18Ahad, 14 Oktober 2018
Depa kata hang 'Menteri' Kutip Sampah?
Ayat penyedap hati... selain dari "Kami menang dalam kalah"
Tumpang sekole.… Read More...
Update [VIDEO] KELU LIDAH Perayu Undi PH, Pak Cik BERHUJAH BENAR mengenai PH >> Berita Malay 18
… Read More...